Menu Utama

PAS Berisiko Kehilangan Kelantan – Guan Eng

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata PAS berdepan risiko kehilangan Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berikutan keengganan parti itu kembali menyertai pakatan pembangkang.

“PAS akan masih mempunyai sokongan penyokong tegarnya tetapi mereka akan berdepan ‘kekalahan’ di semua tempat (ditandinginya pada PRU14 nanti) dan malah berisiko kehilangan Kelantan,” katanya.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang mendakwa PAS tidak boleh membentuk sebuah kerajaan baharu kerana parti itu tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi kerajaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika diminta mengulas kenyataan Pakatan Harapan baru-baru ini yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PAS pada PRU14.

Sehubungan itu, Lim mengingatkan parti-parti gabungan dalam Pakatan Harapan untuk tidak berharap PAS akan kembali menyertai pakatan pembangkang.

Beliau mendakwa PAS kini dilihat lebih cenderung untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan berikutan itu Pakatan Harapan perlu bersedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru pada PRU14.

— BERNAMA






2 Komen to PAS Berisiko Kehilangan Kelantan – Guan Eng

  1. TORATORA says:

    Ini semua main-main cakap politik tanpa fakta dan sekadar penyedap hati Lim Guan Eng. Parti lain pun boleh guna ayat yang sama untuk Pulau Pinang.Cuak ler tuuu

  2. Din says:

    Guan eng nak pastikan pas jaga kelantan senang dia nak ambik tempat lain..untuk jaga kelantan pas akan terlepas ditempat lain kerana tumpuan pas ke atas kelantan..guan eng takut penang dan selangor terlepas..dlm kocek je kata kata kapir ni

Leave a Reply