Menu Utama

Part Lesapkan Tak Tahu, Part Senyapkan, Takkan Tak Tahu Jugak?

MANDAT Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kerugian Forex ini sebenarnya ada 3.  Apakah dia?  Lebih kurangnya begini

1. Mengesahkan memang Bank Negara Malaysia ini mengalami kerugian yang besar akibat perdagangan matawang era 90-an yang dulu dan kesannya kepada ekonomi negara

2. Adakah aktiviti berniaga forex ini menyalahi Ordinan Bank Pusat 1958?

3. Sama ada wujud cubaan menutup, menahan sebarang maklumat mengenai kerugian ini daripada kabinet, parlimen dan rakyat pada waktu itu.  Sumber disini.

Mana dia dalam mandat ini kena cari siapa yang bertanggungjawab?  Bahagian itu dah selesai 22 tahun yang dulu bila Gabenor Bank Negara pada waktu itu mengakui tanggungjawab beliau dan meletakkan jawatan.

Mungkin aspek ini perlu dilihat semula setelah Nor Mohamed Yaakob pun mengaku bertanggungjawab juga.  Dua orang mengaku bertanggungjawab atas benda yang sama (nilai kerugian tak serupa), memang tak kenalah, mesti ada satu orang yang betul dan satu orang yang salah.

Apa yang Mahathir cuba lakukan sekarang ialah mengelak dirinya dari dikait dan dipertanggungjawabkan atas kerugian yang besar itu, yang mana tak masuk pun dalam skop siasatan RCI ni.

Yang Mahathir cakap tak tahu dalam prosiding hari ini lebih kepada bahagian lesapkan tu, bahagian senyapkan ni mungkin susah sikit Mahathir nak lepas.  Sebab, selain banyak fakta dalam prosiding ini yang menunjukkan Mahathir tahu mengenai kerugian tersebut, ada juga afidavit Mahkamah tahun 2006 yang berkaitan dengan cubaan Mahathir menutup kerugian ini dari pengetahuan rakyat.

Itu yang menarik perhatian rakyat rasanya.  Kalau bahagian ini pun tak claim tak tahu juga, memang kita rakyat ni kena bodoh hidup-hidup dek Mahathirlah nampaknya.

 






2 Komen to Part Lesapkan Tak Tahu, Part Senyapkan, Takkan Tak Tahu Jugak?

  1. dkds says:

    Makin parah sinile si madey ni

  2. Memang Baik says:

    Orang bijak pandai akan mengaku bodoh dalam sekelip mata untuk pertahan diri. Serupa macam Mat Tyson mengaku tak pandai cakap orang putih dan tak tahu maana sign board di Australia mengenai jumlah duit yang dibenar bawak.

    Daim mengaku daif, dungu dan bodoh. Daim cakap dia tak diberitahu. Serupa macam M. Tapi kita percaya SOP RCI bukan untuk dijatuhkan oleh mereka yang mengaku daif, bodoh dan dungu. Sebagaimana polis yang tidak akan terbawa kebawah oleh penafian. Kau nafi sebakul, ini aku tunjukan bukti 3 bakul…..

Leave a Reply

Threesome