Menu Utama

Pakatan Pembangkang Terus Bercakaran, Setiausaha Agung Mungkin Letak Jawatan

PAKATAN Harapan yang diketuai DAP terus berada dalam keadaan huru hara. Mungkin itu merupakan realiti semulajadi parti berkenaan yang sememangnya tidak dapat dipisahkan dari pertelingkahan dan perbalahan.

Belum pun reda isu berbalas tuduhan antara Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan bekas pengerusi BERSIH Ambiga Sreenevasan, kini timbul pula ura-ura Datuk Saifuddin Nasution Ismail meletakkan jawatan setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat(PKR) pula.

Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil menepis khabar angin tersebut. Hari ini tersebar khabar angin mengatakan Saifuddin meletakkan jawatan selepas dikecam ahli parti kerana melanggar arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara tersebut timbul selepas Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh membidas pemimpin parti yang menyamar sebagai “sumber dalaman” dan memberi maklumat palsu kepada media.

Saifuddin kini berada di tengah-tengah pertikaian dalaman antara kumpulan penyokong dan penentang rundingan dengan PAS. Ahli Parlimen Machang itu sebelum ini menafikan kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali yang mendakwa beliau mengadakan rundingan dengan PAS atas mandat parti yang mahu mengelakkan pertandingan tiga penjuru di Selangor.

Malah Saifuddin juga menafikan khabar angin mengatakan PKR memberi amaran kepada Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, yang mendedahkan biro politik PKR sering tidak sealiran dan keputusan yang dicapai juga tidak dihormati, susulan pertikaian mengenai rundingan PKR-PAS itu.

Jika dilihat senario yang melanda PKR ketika ini, mereka seolah-olah retak menanti belah sahaja.  Dengan isu rundingan PAS-PKR, Rafizi, Ambiga dan Saifuddin , parti PKR ini dilihat semakin lemah dan tidak akan mampu menerima tekanan menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.

Persoalannya adakah keretakan dalaman parti ini mendapat perhatian DAP yang mengetuai Pakatan Harapan? Mungkinkah ini merupakan peluang kepada DAP meletakkan lebih ramai calon-calon mereka di lebih banyak kerusi yang dipertandingkan kelak.

Dengan ini dominasi DAP dalam pakatan pembangkang akan lebih kuat maka Anwar yang sedang meringkuk di Penjara Sungai Buluh akan kehilangan taringnya secara total. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula dilihat sebagai parti yang lemah berdasarkan kegagalan mereka merekrut ahli.

Apa yang pasti Pakatan Harapan diketuai DAP sudah tentu tidak akan meletakkan nasib orang Melayu sebagai dasar perjuangan mereka. Kita tahu asalnya DAP. Kita tahu asas perjuangan mereka. Jangan percaya pada kata-kata manis yang penuh penipuan mereka. Lihat perjuangan sebenar disebalik kata-kata tersebut.






Satu Komen to Pakatan Pembangkang Terus Bercakaran, Setiausaha Agung Mungkin Letak Jawatan

  1. Memang Baik says:

    Dengan perkembangan ini (saperti yang kita sentaiasa jangka) seolah2 M akan berkempen sebelum PRU nanti dengan ungkapan begini >

    ” mari lah kita sama2 kembali bersatu bawah satu payung. kerana kita tidak akan kemana dengan sampan yang kita kayuh sekarang. Kita kembali dengan UMNO kerana itulah tampok perjuangan kita. Itu lah tunjang kita itulah matlamat kita.
    Lupakan apa yang saya cakap. Saya sudah tua saya tahu. Tapi saya boleh kerja lagi. saya nak kerja dengan UMNO.”

    Maklumkan lidah M bukan sekadar bercabang 2 tapi bercabang 14.

Leave a Reply