Menu Utama

Pakatan Kalau Letak Artis Bertanding Dalam PRU, Hanya Untuk Dikorbankan Bukan Nak Bagi Menang

SEMALAM kecoh mengenai satu poster artis yang kononnya akan bertanding melawan Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, mewakili parti Bunga milik Mahathir.  Poster yang tidak diketahui asal usul, malah kebenaran disebaliknya tu, telah disebarkan secara merata dengan rasa bangga oleh ahli parti Bunga – tak kurang juga yang rasa meluat cukup sekadar memikirkan artis itu saja, belum parti yang dikatakan dia mewakilinya lagi.

Maklumlah, pernah dikaitkan sebagai perampas suami orang,

Apa pun khabarnya poster itu hari ini disahkan sebagai palsu oleh sebuah portal berita Pakatan yang menjadi kitab ikutan macai-macai Pakatan, artis yang dikatakan itu bagaimanapun masih tidak berkata apa, mungkin dia sendiri pun seronok bila poster itu ada.  Begitupun, palsu atau tidak tapi sebab ia dah sentuh Perdana Menteri, maka wajib kita ulas.

Nakimaklumkanlah kepada artis yang seronok sangat kalau diwar-warkan sebagai calon pilihanraya mewakili Pakatan tu bahawa, rekod menunjukkan kalau Pakatan mencalonkan artis, hanya untuk dikorbankan, bukan sebab nak bagi menang.

PRU13 menjadi bukti.  2 artis yang sudah masuk kategori veteran, diletakkan sebagai calon Pakatan Rakyat pada ketika itu di 2 kawasan Parlimen, satu di Johor dan satu lagi di Negeri Sembilan.  Dua kawasan ini memang Pakatan tak boleh menang sebab tidak ada jasa yang telah diberikan kepada pengundinya, hanya air liur saja yang merata.  Cakap pasal di kawasan parlimen di Negeri Sembilan, beratus peneroka Felda dalam kawasan parlimen tersebut, bukan setakat tidak ada jasa diberikan Pakatan kepada mereka malah ditipu pulak lagi oleh Pakatan bila saman mereka ke atas Felda ditolak Mahkamah dan terpaksa membayar balik pula kepada Felda beratus ribu.

Yang hasut Pakatan, yang kena bayar peneroka, nak menang macam mana?

Hari ini, sekalipun dah ada Pakatan baru tapi modus operandinya tetap sama.  Hanya kawasan-kawasan semacam ini sajalah yang Pakatan akan letakkan artis-artis pro mereka untuk ditandingi – kawasan kalah.  Bukan nak bagi menang tapi sebab nak dikorbankan.  Kawasan yang Pakatan yang boleh menang, akan diletakkan calon dari kalangan pemimpin mereka sahaja.  Jenis bidan terjun macam artis ni, letak kawasan pasti kalah.

Sebab itu golongan artis jangan lagi tertipu dengan Pakatan.  Jenis yang tak boleh selamat macam seorang artis yang sendiri arah, sendiri berlakon dalam filem yang kutipan tak cecah pun RM 100,000 selepas sebulan tanyangan tu, tak boleh buat apalah.

Pakatan hanya nak  guna populariti artis tu untuk bahan kempen mereka saja tapi artis tu sendiri diletakkan di kawasan yang mereka tidak boleh menang.  Pendek kata, dipergunakan dan kalau ada satu ‘kehebatan’ yang boleh dikaitkan dengan Pakatan, ialah bahagian mempergunakan orang.






Leave a Reply