Menu Utama

Najib Tidak Ke US Untuk Berniaga Mata Wang Asing…

Kecoh diperkatakan tentang pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump baru-baru ini dengan mengumumkan pelaburan negara berbilion ringgit di negara itu.

Bertempiklah pemimpin pembangkang mempersoal dan memperlekehkan pelaburan itu kononnya satu tindakan yang bodoh kerana melabur di negara yang lebih kaya dari negara kita. Apatah lagi melibatkan KWSP dan pembelian pesawat boeing, meroyan sakan mereka tidak putus asa terus cuba mencetus kebencian kepada Perdana Menteri.

Pertamanya, mengapa marah sangat KWSP melabur di AS? Apa masalahnya? Najib hanya mengumumkan penambahan pelaburan KWSP di sana lebih RM3 bilion, sedangkan sudah dilaburkan RM7 bilion dari sumber yang sama sebelum ini di negara tersebut.

Mengapa baru kini mahu dimarahkan pelaburan RM3 bilion, sedangkan RM7 bilion sebelum ini langsung tiada sebarang bunyi protes dilakukan? Apakah kerana pelaburan RM7 bilion itu dibuat di zaman sebelum Najib?

Wang KWSP sememang duit pencarum. Setiap tahun, pencarum akan menerima dividen. Jika tinggi dividennya, maka seronoklah pencarumnya. Jika rendah dividennya, maka marah dan kecewalah pencarumnya. Jadi, sudah tentu KWSP amat teliti dan ketat dalam hal pelaburannya, bukan?

Kenapa dilabur di US dan bukan di negara miskin? Kerana jawatankuasa pelaburan KWSP dapat melihat pulangan besar dari pelaburan di US dari sudut jangka masa panjang, khususnya ia melibatkan projek infrastruktur di negara itu.

Jika melabur di negara miskin, apakah pelaburan itu terjamin? Jika rugi, maka ia akan melibatkan pelaburan mewakili 14 juta pencarum. Siapa nak jawab jika pencarum mengamuk? Bukankah risikonya lebih tinggi? Tolong belajar tentang faktor-faktor pelaburan sebelum bercakap mengenainya.

Hendak digunakan untuk beri pinjaman kepada pelajar di universiti seperti PTPTN sebagai pelaburan? Yang sedia ada pun ramai yang tidak bayar hutang. Bila disenarai hitam, tahu pula mengamuk tidak boleh ke luar negara. Hutang tak mahu bayar, ada hati lagi mahu melancong bermewah-mewah ke luar negara? Boleh kena maki dengan 14 juta pencarum dibuatnya..!

Paling jelas, pelaburan lebih RM3 bilion itu diyakini positif akan memberi pulangan kepada pencarum. Ia bukanlah melibatkan aktiviti tukaran wang asing seperti yang dilakukan di zaman ‘dia’ dan ‘bapa dia’ itu. Tiada kena mengenai dengan ‘forex’ berpuluh bilion pun…

Tentang pembelian berpuluh buah pesawat Boeing, sama ada dreamliner atau ‘bapak’ dreamliner sekalipun, apa masalahnya? Apakah pembelian pesawat-pesawat itu untuk ‘pameran di muzium’ atau sekadar untuk ‘parking’ di KLIA sampai reput?

Maka sudah tentulah ia satu pelaburan jangka masa panjang MAS untuk kembali berdaya saing dan dalam masa yang sama menjana keuntungan syarikat penerbangan negara. Ada baca pelan penstrukturan semula MAS atau tidak?

Jangan susah hati dengan pembelian pesawat-pesawat Boeing itu. Penulis yakin bahawa pembelian pesawat-pesawat tersebut langsung tidak melibatkan ‘warga emas’ itu, mantan ‘tauke kilang garam’ itu, mahu ‘kroni TJ’ yang mereka ‘bela’ dengan ‘dedak-dedak lumayan’ sebelum ini. Jadi, tidak perlulah terlalu ‘cempera’…

Melihat perkembangan MAS hari ini, penulis yakin syarikat penerbangan negara itu sedang berada di landasan yang betul. Selepas mengalami kerugian demi kerugian pada beberapa tahun lalu, MAS kembali mencatat untung pada tahun lalu.

Agak menakjubkan bila MAS mampu mencatat keuntungan selepas ‘dijahanamkan’ berpuluh tahun sebelum ini dan dilanda insiden pesawat hilang serta ditembak hingga hancur. Penulis yakin, ‘trio’ lama tidak mampu mengendalikan MAS sehebat itu.

Justeru itu, apa sangatlah yang hendak dikecohkan? Bukan Malaysia tidak pernah melabur di AS dan bukannya MAS tidak pernah beli pesawat Boeing sebelum ini, kan? Lainlah jika Najib ke AS dan buat perniagaan mata wang asing, kan?






Satu Komen to Najib Tidak Ke US Untuk Berniaga Mata Wang Asing…

  1. […] Najib Tidak Ke US Untuk Berniaga Mata Wang Asing… […]

Leave a Reply