Menu Utama

Nor Mohamed Lindung Mahathir, Mahathir Nak Ke Lindung Nor Mohamed?

KENYATAAN bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz semalam menarik.  Beliau berpendapat keterangan Nor Mohamed Yaakob kepada panel RCI mengenai kelesapan RM 32 billion dalam skandal Forex antara 1989-1993, dimana dia mengaku ‘bertanggungjawab’ ke atasnya, adalah untuk melindungi Mahathir.

Sememangnya pandangan Tunku Aziz ini selari dengan pandangan ramai orang yang lain.  Selama yang penulis ingat, tak pernah terkait nama Nor Mohamaed ini sebagai orang yang bertanggungjawab dalam kerugian besar forex.  Mungkin namanya ada tersentuh dimana-mana tapi bukan sebagai  tajuk berita.

Lagipun, hanya orang bodoh saja percaya satu orang biasa semacam dia boleh ada akses kepada begitu banyak wang rakyat sehingga membawa kepada kerugian yang besar tanpa mendapat restu daripada sesiapa yang lebih tinggi.  Anwar sendiri dalam kenyataan di Parlimen pada tahun 2012 mendakwa penggunaan wang yang besar dalam perjudian Forex itu direstui oleh Mahathir dan Daim sendiri.

Sekalipun Anwar peliwat, tapi kenyataan ini lebih masuk akal sebab rakyat serah kunci perbendaharaan kepada orang politik untuk diurus dan diputuskan..  Agak aneh juga orang yang bertanggungjawab melesapkan berpuluh billion wang rakyat, hanya dihukum meletak jawatan.  Sudah tentu perkara ini akan ditentukan oleh panel RCI setelah selesai bersidang nanti.

Cuma persoalannya sekarang, adakah Mahathir akan turut sama melindungi Nor Mohamed setelah masanya untuk memberi keterangan sampai minggu depan?  Mahathir yang penulis dan ramai orang lain tahu, bukan pedulikan orang, dia  sebaliknya hanya suka mempergunakan orang.  Tidak hairan ramai berpandangan Nor Mohamed ini hanyalah dipergunakan, kambing hitam.

Penting untuk Mahathir kelihatan Bersih, kelihatan Cekap dan kelihatan Amanah sedangkan hakikatnya dia adalah jauh dari semua itu.  Cakap pasal cekap. Perdana Menteri jenis apa boleh terlepas pandang kerugian wang rakyat sehingga RM 32 billion – nilai awal 90-an tau, bukan nilai sekarang.  Kalau nilai sekarang, lebih tinggi lagi.






Leave a Reply

Threesome