Menu Utama

Mencari Makna Perpaduan

oleh Ab Jalil Backer

Perpaduan dan kesederhanaan dalam masyarakat majmuk agama seperti Malaysia tidak harus dicerminkan melalui pengorbanan pegangan.

Ia harus melalui saling memahami (understanding) dan tolak ansur. Tolak ansur bermaksud bersedia menghormati kepercayaan orang lain.

Misalnya kita tidak perlu makan di kedai Cina yang jual babi, tidur di rumah mereka atau memeluk anjing untuk membuktikan kasih sayang kita kepada rakyat bukan Islam.

Cukup dengan kita faham dan redha hak mereka untuk menjual dan menikmati babi, arak dan memelihara anjing.

Manakala orang bukan Islam pula harus menerima hakikat orang Islam mempunyai halangan dan sekatan mengenai arak, babi dan anjing. Ini adalah sekatan agama bukan kerana benci bukan Islam.

Jadi jika mereka tidak selesa anda membawa anjing ke pasaraya bukan kerana mereka membenci bukan Islam tetapi kerana mereka ada kepercayaan tersendiri.

Tidak boleh atas nama perpaduan anda mahu mereka mengorbankan pegangan mereka.

Perpaduan harus ditafsirkan dalam bentuk kita sedia berkorban masa, tenaga dan kadang-kadang wang ringgit membantu antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.

Pernahkah anda mendengar orang Islam enggan menolong bukan Islam yang dalam kemalangan dan kecemasan?
Saya percaya 99% orang Islam akan menghulur tangan tanpa mempersoalkan agama dan pegangan. Jika ada orang susah dan memerlukan bantuan kita akan sentiasa membantu tanpa mengambil kira pegangan agama dan susur galur kaum pun.
Saya percaya demikian juga sebaliknya.

Di negara ini tiada masalah pun dan umumnya pelbagai kaum dan anutan boleh duduk semeja di kedai makanan halal, bersukan, belajar dan bekerja bersama-sama dengan mesra.

Jadi perpaduan antara kaum dan agama di negara ini harus dalam konsep saling memahami dan menghormati pegangan dan kepercayaan masing-masing; bukannya memaksa tolak ansur dan liberalisme terhadap sesuatu kepercayaan dan pegangan atas nama perpaduan.

Masalah terbesar perpaduan di negara ini bukan sama ada wujud dobi untuk Islam sahaja atau kedai makan untuk bukan Islam sahaja.

Punca utama krisis perpaduan di negara ini ialah kemunculan golongan liberal Muslim dan cauvinis DAP yang mencabar apa sahaja isu berkaitan Islam.

Sepatutnya kita memberi kefahaman kepada rakyat mengenai perbezaan. Namun mereka menghasut dan memutar belitkan keadaan bagi meruntuhkan sempadan-sempadan agama sedia ada.

Ini menyebabkan banyak kumpulan sederhana dalam Islam dan bukan Islam mula memilih jalan konfrontasi dan ekstrem.
Kumpulan Islam sederhana merasa Islam sedang dicabar di negara ini dan mereka mula mempersoalkan keikhlasan bukan Islam.

Manakala bukan Islam merasakan orang Islam membenci mereka dan melihat mereka sebagai kelas kedua dan najis. Semua ini kerana mereka tidak faham dan pemikiran telah dipesongkan.

Akhirnya anda hanya mewujudkan masyarakat saling membenci.






Leave a Reply

Threesome