Menu Utama

Mampukah SPRM Desak AG Heret Lim Guan Eng Ke Mahkamah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seolah-olah benar-benar rasa tercabar dengan kedegilan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang enggan memohon maaf berhubung kenyataan bahawa penahanan exco kerajaan negeri, Phee Boon Poh sebagai ‘haram’.

Selama ini kita “disuapkan” cerita betapa akrabnya SPRM dan kerajaan DAP Pulau Pinang. Perkembangan terbaru ini sudah tentu mengejutkan ramai pihak. Adakah ini satu lagi lakonan DAP dan SPRM atau pun agensi tersebut benar-benar marah dengan kerenah anak Lim Kit Siang tersebut.

Menurut sumber, SPRM memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Lim Guan Eng yang enggan memohon maaf berhubung kenyataan berkenaan. Malah  SPRM dalam satu kenyataan, berkata, keputusan telah dibuat dan dihantar kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tindakan selanjutnya.

Pengurusan Tertinggi SPRM telah secara sebulat suara memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap Lim yang enggan memohon maaf atas kenyataan fitnahnya bahawa penahanan Phee sebagai ‘penahanan haram oleh SPRM’ walaupun telah diberi satu tempoh masa untuk berbuat demikian.

Dalam masa yang sama SPRM menegaskan agensi tersebut menghormati hak serta kebebasan mana-mana pihak untuk mengkritik tetapi tidak akan sama sekali bertolak ansur jika mereka didapati mengeluarkan kenyataan fitnah khususnya berhubung siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM dengan tujuan mencemarkan serta menjejaskan imej dan reputasi SPRM.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, tempoh 48 jam yang diberikan kepada Lim yang juga adalah setiausaha agung DAP, tiga hari lalu telah pun berakhir pada 28 Ogos lalu. Oleh itu, SPRM akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

Untuk makluman, SPRM menahan Phee pada 10 Ogos lalu kerana menulis surat yang menggesa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) supaya tidak bertindak terhadap sebuah kilang penapis karbon yang beroperasi secara tidak sah. Suruhanjaya itu turut menyerbu kilang, pejabat MPSP dan pejabat Phee di Komtar, pusat khidmatnya di Sungai Puyu dan rumah pemimpin DAP tersebut di Butterworth dan merampas dokumen yang berkaitan dengan kilang berkenaan.

Sekarang Rakyat Malaysia sedang melihat sejauh mana ketegasan dan keazaman SPRM mahu membawa Lim Guan Eng ke muka pengadilan setelah agensi tersebut dimalukan oleh Setiausaha Agung DAP itu.

Selama ini ramai pemimpin kanan pembangkang mampu melepaskan diri dari hukuman melalui pembelaan peguam mereka yang dilihat begitu mahir dalam selok belok teknikal perjalanan sesuatu kes. Mungkinkah perkara yang sama akan berulang lagi? Mungkinkah ini antara penyebab Lim Guan Eng tidak gentar menghadapi mahkamah?

Persoalannya, adakah kerajaan Malaysia akan membiarkan sahaja pembangkang yang diketuai DAP ini seolah-olah “mempermainkan” undang-undang negara kita? Rakyat kini melihat semua perkara ini dengan lebih dekat lagi.






Satu Komen to Mampukah SPRM Desak AG Heret Lim Guan Eng Ke Mahkamah

  1. sukarno says:

    jangan lupa ada persuruh jaya kehakiman yg pro pembangkang…kalu dia yg kendalikan kes ni kompom TOKONG lepas …..

Leave a Reply