Menu Utama

Mampukah PKR Tinggalkan DAP

BUKAN lagi rahsia bahawa Pakatan Harapan diketuai DAP walaupun pengerusi PH adalah Tun Dr Mahathir Mohamad. Memang cukup ironi apabila lelaki seangkuh Mahathir sanggup menjadi boneka Lim Kit Siang. Perkara ini sekaligus membuktikan bahawa DAP gagal mengaburi mata rakyat dengan tidak meletakkan Lim Kit Siang sebagai pengerusi.

Kita juga tahu bahawa DAP merupakan parti terkuat dikalangan pembangkang memandangkan mereka mendapat sokongan lebih 90% bangsa Cina namun ianya masih gagal mengangkat DAP untuk memegang tampuk kekuasaan negara seperti PAP di Singapura.

DAP menyedari bahawa mereka memerlukan sokongan Melayu yang sanggup menjadi pengkhianat bangsa mereka sendiri. Oleh itu bermulalah proses merekrut Melayu DAP yang terdiri daripada Dyana Sofea, Rara, Melati, A.Samad Said dan lain-lain lagi.

Masalah timbul apabila Lim Kit Siang menyedari Melayu DAP masih gagal untuk menarik undi dari orang-orang Melayu. Malah PAN parti serpihan PAS dan PKR juga tidak memberikan kesan seperti yang diingini oleh parti chauvanist Cina tersebut.

Mereka mahukan sokongan seperti yang dilakukan oleh PAS. Masalah utamanya, persengketaan antara PAS dan DAP dilihat seperti tidak akan ada jalan penyelesaiannya. PKR kini mengalas tugas untuk menarik PAS menyokong pembangkang.

Perbincangan diantara PKR dan PAS dilihat tidak membuahkan hasil yang memuaskan apabila PAS memberi syarat sebelum kedua-dua parti itu boleh bekerjasama, PKR perlu meninggalkan rakannya DAP dan PAN.

Persoalannya mampukah PKR berbuat demikian. Parti tersebut sedang menghadapi masalah dalam yang kritikal. Tambahan pula Ketua Umum PKR kini sedang merengkok di penjara.

Bagi anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Elizabeth Wong, beliau melihat syarat PAS tersebut kononnya membuktikan parti tersebut masih menyimpan niat untuk menjalinkan semula kerjasama politik dengan PKR.

Para penganalisis politik pula melihat kenyataan Elizabeth Wong tersebut sebagai kenyataan berlapik sedangkan kita semua tahu bahawa PKR tidak akan mampu meninggalkan DAP. PKR berada dalam keadaan paling lemah dengan konflik dalaman dan sebagainya.

Mereka tidak mempunyai pilihan melainkan menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.






Leave a Reply