Menu Utama

Malaysia hantar misi kemanusian RM4 juta bantu pelarian Rohingya

BAGAN DATUK 8 Sept. – Malaysia akan menghantar barangan makanan dan peralatan bernilai RM4 juta sebagai bantuan segera kepada pelarian Rohingya yang berlindung di sempadan Bangladesh-Myanmar, esok.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, misi bantuan kemanusiaan itu telah dipersetujui sebulat suara oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam mesyuarat tertinggi parti itu yang diadakan petang tadi.



“Apa yang berlaku terhadap pelarian Rohingya memang tidak boleh diterima akal. Mereka dibunuh sewenang-wenangnya.


“Jadi atas kuasa kemanusiaan juga kerajaan Malaysia mendapat penajaan daripada beberapa syarikat penerbangan untuk membawa bantuan kemanusian ini bagi membantu etnik Rohingya yang lari menyelamatkan diri,” katanya.


Beliau berkata demikian pada majlis kenduri rakyat sempena Program Merdeka Ride 2017 di Dewan Serbaguna JKKK Hutan Melintang dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE






Satu Komen to Malaysia hantar misi kemanusian RM4 juta bantu pelarian Rohingya

  1. Dkds says:

    Alhamdulillah …ini lah terbaik

Leave a Reply