Menu Utama

Maklumat Mahathir “Kelepetrokasikan” Wang Negara RM 32 Billion Akan Sampai Ke US

LAWATAN Datuk Sri Najib Tun Razak ke USA hari ini dan pertemuan dengan Presiden negara itu Donald Trump esok, sebetulnya ada misi lebih penting dan besar dari apa yang semua orang jangka.

Ia ada kaitan dengan keamanan dunia dan Najib difikirkan orang yang cukup tepat untuk misi ini.  Sebab itu dari ramai-ramai pemimpin rantau sebelah sini, hanya Najib saja yang terpilih.

Sekarang fahamlah kenapa Mahathir ini kecik saja dipandangan Najib.  Setakat sindir-sindir tak sebut nama, itulah saja layak Mahathir disisi Najib.  Menyebutkan namanya pun benci, banding dengan Mahathir dimana nama Najib dah macam zikir dibibirnya – penghormatan sebenarnya tu, Mahathir saja yang tak sedar.

Mahathir rasa dia besarlah, duduk setaraf dengan Najib kononnya bila dilantik jadi top dog Pakatan tapi hakikatnya Mahathir tak setaraf dengan Kit Siang pun, dengan Anwar (banduan dan peliwat), Mahathir lebih bawah kedudukannya.  Cakap dengan kuda memanglah Mahathir nampak besar, tapi sebenarnya tidak ada apa.

Dalam masa yang sama, Najib harus gunakan peluang ini untuk jelaskan kepada Presiden Amerika itu, siapa sebenarnya yang ‘mencuri’ wang rakyat di negara ini, fizikal atau literal –  bukan beliau tapi Mahathir.  RM 32 billion wang rakyat lesap dibawah Mahathir termasuk lebih USD 1 billion diperjudikan sehari di pasaran Forex antara 1989-1993 dulu.

Sudahlah lesap tak bersisa, semua butiran mengenai kerugian tersebut disembunyikan, tidak ada siasatan, laporan audit diubah dan sebagainya.  Dialah sebenarnya bapak kelepetrokasi tapi Najib pulak yang dituduhnya.

US penting untuk dimaklumkan kerana Mahathir pun hantar orang-orangnya buat laporan mengenai konon Najib mencuri wang di 7 buah negara asing, termasuk US.  So apa masalah pulak, kalau soal dia mengkelepetkan wang negara US tahu?

 






Leave a Reply