Menu Utama

Maju Holdings Ambil Alih PLUS, Apa Agenda Tersembunyi

RAKYAT Malaysia mula mempersoalkan agenda tersembunyi disebalik permohonan Maju Holdings Sdn Bhd untuk mengambil alih Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) melalui pembelian saham UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang dianggarkan bernilai RM36 bilion.

Berbagai reaksi muncul dalam usaha untuk menjustifikasikan permohonan tersebut.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Kerajaan Persekutuan terpaksa menanggung pampasan kira-kira RM900 juta untuk mengelak kenaikan tol yang membebankan pengguna lebuh raya berkenaan berikutan perjanjian konsesi berat sebelah ketika pemimpin terdahulu meneraju negara. Oleh itu kerajaan persekutuan perlu mempertimbangkan perkara itu.

Menteri Kewangan Ke-2 Datuk Johari Abdul Ghani pula khuatir aset strategik ini berkemungkinan jatuh ke tangan entiti asing jika pinjaman gagal dibayar oleh Maju Holdings.

Malah ada pendapat mengatakan Maju Holding diarahkan oleh Mahathir agar membuat permohonan untuk mengambil alih PLUS dengan menggunakan wang yang beliau “curi” dari UMNO.

Kebanyakkan rakyat Malaysia juga mendesak kerajaan, Khazanah Holdings, United Engineers Malaysia Berhad (UEM) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bertegas dan bersepakat menolak cadangan pembelian PLUS oleh Maju Holdings.

Penjualan aset tersebut dilihat mungkin menimbulkan masalah kepada rakyat sebagai pengguna seluruh rangkaian lebuhraya milik PLUS dan merugikan pencarum KWSP.

Pada Julai lepas, dilaporkan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Maju Holdings Tan Sri Abu Sahid Mohamad sudah menerima persetujuan daripada pimpinan tertinggi kerajaan untuk mengambil alih PLUS. Kadar tol akan kekal sama untuk 20 tahun jika Maju Holdings berjaya mengambil alih rangkaian lebuh raya tersebut.

Walaupun Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz menzahirkan persetujuannya namun UEM dan KWSP mengatakan mereka tiada niat menjual saham PLUS mereka kepada Maju Holdings.

Dalam perkara yang melibatkan wang rakyat, pandangan dan kehendak rakyat perlu diambil kira. Malah segala keputusan perlu dibuat pertimbangan yang bijaksana agar agenda tersembunyi pihak-pihak tertentu tidak berpeluang untuk bertapak dalam negara kita.






2 Komen to Maju Holdings Ambil Alih PLUS, Apa Agenda Tersembunyi

  1. dkds says:

    Siapa yang dapat makan komisen tu ? 32 Billion kalau 1 persen komisen ..beratus juta dah ! Nampak sangat kepimpinan tinggi kerajaan tu kaki wang sapu bawah lepas itu nanti akan salahkan BN kemudian.

  2. Afi says:

    PLUS perlu dikekalkan sebagai milik rakyat melalui agensi2 yg boleh memberi pulangan kepada rakyat. Yg membayar tol adalah rakyat. Yg membayar sabsidi berjuta2 adalah kerajaan pun menggunakan wang rakyat. Oleh itu keuntungannya patut dikembalikan kepada rakyat.

Leave a Reply