Menu Utama

“Mahu LRT Tukarlah Perdana Menteri” – LGE Temberang Lagi

Memang kenyataan tersebut tidak cerdik, tetapi apa yang kita harapkan dari Lim Guan Eng?

Seluruh negara tahu, samada LRT atau MRT, merentasi bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Selangor, kemudian akan terus dihubungkan ke Putrajaya yang masih dalam pembinaan. Lebih menarik, kawasan Kajang yang diwakili oleh Wan Azizah tidak terkecuali dari menerima manfaat MRT.

Selangor bukanlah negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional sejak 2008. Ini hujah mudah, betapa Perdana Menteri sekarang tidak mengamalkan politik dendam, sebaliknya melihat keperluan rakyat di kawasan padat penduduk. Mengapa perlu tukar Perdana Menteri?

Tidak perlulah jadikan alasan kononnya projek tambak laut yang tidak mendapat kelulusan kerajaan pusat sebagai alasan. Jawapannya mudah, bolehkah Lim Guan Eng memastikan projek tersebut mengikut syarat dan piawaian yang ditetapkan? Ini bukan projek kecil, bukan kong-kali-kong!

Sebenarnya, apa yang Lim Guan Eng sedang lakukan ialah mencipta sensasi, untuk mengubah pandangan umum ke atas masalah banjir yang dihadapi oleh Pulau Pinang. Apatah lagi, kesilapannya “terlepas pandang” ke atas kegagalan menyalurkan kewangan RM22.09 juta menjadi punca kegagalan Jabatan Pengaliran dan Saliran dalam merangka serta mengurus perparitan. Jika saliran dan perparitan tidak diurus dengan baik, maka tidak hairanlah jika banjir mudah melanda. Tidak perlu lah salahkan hujan semata-mata.

Apa lah sangat RM22.09 juta, berbanding nilai harga kajian terowong dasar laut di Pulau Pinang!

Paling mudah untuk rakyat Pulau Pinang, tukar kerajaan negeri, automatik akan tukar ketua menteri. Selepas itu, segalanya tidak lagi kong-kali-kong seperti yang ada sekarang ini.

Tipikal Lim Guan Eng, asal buka mulut sahaja, semuanya bohong belaka.






Leave a Reply