Menu Utama

Mahathir & Selective Memory

BUDAK tadika bolehlah percaya seorang Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak tahu rizab merosot lebih separuh dari yang sepatutnya.  Itu pun kena tengok tadika mana, kalau tadika Kemas harapan percaya tu besar, tapi kalau tadika swasta ni, silap-silap kena gelak dengan budak-budak.

Perancangan perbelanjaan kerajaan persekutuan tak dapat tidak mesti melihat kepada rizab Bank Negara atau di negara lain dipanggil bank pusat.  Dasar-dasar kewangan yang ditentukan Bank Negara mesti terlebih dahulu dibincangkan di peringkat kabinet untuk mendapat kelulusan sebab ia membabitkan polisi kerajaan.

Kalau Bank Negara boleh buat semua keputusan mengenai polisi kewangan tanpa kerajaan diberitahu mengenainya terlebih dahulu, itu seperti wujud kerajaan dalam kerajaan.  Siapa pun Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang membiarkan keadaan ini berlaku adalah seorang yang sangat tidak bertanggungjawab.

Sistem pentadbiran di Malaysia ada 3 cabang pemisahan kuasa, Eksekutif; Parlimen; Kehakiman – Bank Negara bukan salah satu daripadanya sehingga nak kata kerajaan tak boleh masuk campur langsung dalam operasi mereka!!

Rizab bank negara atau apa nama sekalipun adalah wang rakyat, diurus oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat.  Rakyat tidak memilih siapa Gabenor Bank Negara, rakyat memilih kerajaan yang kemudian melantik Gabenor Bank Negara untuk menguruskan wang rakyat ini.

Bercakap tentang Mahathir, dia bukan sekali ini terlibat dalam siasatan Suruhanjaya Diraja.  Sebelum ini Mahathir terlibat dalam RCI mengenai pemberian IC kepada pendatang asing di Sabah.  Itu ceritanya lagi lama – 1985, tapi jarang yang kita dengar Mahathir guna alasan tak tahu macam dalam RCI Forex sekarang, tak ingat tu banyaklah.

Ini namanya memori berpilih.






2 Komen to Mahathir & Selective Memory

  1. cikminah says:

    Orang lain disoal, orang lain terasa pedas.

  2. sman says:

    Bila syarikat kapal anak dia dan kroni rugi dan perlu di bailout dia tahu pulak.Memang maknusia tak guna ,pentingkan diri dan kroni ,salah guna kekayaan negara.Harap sangat beliau di beri balasan yg setimpal di dunia ni lagi utk pengajaran pemimpin yg lain.

Leave a Reply

Threesome