Menu Utama

Mahathir Punya Terlepas Pandang, Merugikan Rakyat RM 32 Billion

PENUTUP prosiding RCI Forex hari ini diakhiri dengan Mahathir akhirnya dilaporkan “mengakui” kecuaian sehingga negara dan rakyat kerugian RM 32 billion dalam kerugian perdagangan Forex era 90-an.  Sudah tentu cara mengaku tu bukan direct tapi indirect, dengan mengatakan dia terlepas pandang.

Iyalah sangat terlepas pandang, sampai RM 32 billion lesap, tinggi betul kosnya kepada rakyat bila Mahathir terlepas pandang ya.

Pada penulis sendirlah, ini bukan terlepas pandang tapi lebih kepada kecuaian.  Seorang Perdana Menteri kalau tak sedar RM 32 billion hilang itu bukan terlepas pandang, tapi kecuaian.  Tiada manusia dalam dunia boleh terima alasan sebegitu keluar dari mulut pemimpin apatah lagi yang sedang berusaha untuk menjadi Perdana Menteri semula.

Itu belum kita masuk lagi bagaimana 2 kali kemelesetan ekonomi melanda negara ini sepanjang 22 tahun pemerintahannya.  Itu apa nak cakap tu, terlepas pandang juga?  Kena ingat ni, bukan semua negara Asean terjejas oleh krisis kewangan Asia 1997, Brunei, Vietnam dan Singapura tak kena.  Samalah kesnya bila ia akhirnya selesai, bukan kita saja yang berjaya keluar dari kemelesetan itu, negara terjejas lain pun keluar juga.

Justeru, inikah dia orang yang macai Pakatan nak jadikan semula sebagai Perdana Menteri?  Dah habis akal ke?






Leave a Reply

Threesome