Menu Utama

Maaf Tun, Saya Tidak Mahu Kembali Zaman Tun

oleh Ab Jalil Backer

“Kami sudah kaji semua masalah yang dihadapi oleh negara dan kami yakin kami akan dapat pulihkan keadaan jika tidak sepenuhnya tetapi ke tahap yang terbaik bagi rakyat dan negara.Kami tahu caranya.” – Tun Dr Mahathir 9 Sep 2017 Muar Johor.

Saya tidak menafikan sumbangan Tun membina negara ini, namun apa sebenarnya yang Tun hendak pulihkan?

Hari ini negara ini 100 kali lebih baik berbanding zaman Tun. Saya tidak boleh bercakap bagi pihak semua orang, namun kehidupan saya jauh lebih baik berbanding zaman Tun.

Saya tidak mahu Tun memperbaiki negara ini kerana pada zaman Tun saya tinggal dalam rumah bocor tanpa sebarang bantuan kerajaan. Sekarang boleh sahaja minta bantuan kerajaan baiki atau bina rumah.

Saya tidak mahu Tun memperbaiki negara ini kerana ketika itu sungguhpun barang murah, tapi saya tidak ada wang untuk membeli barang.

Saya juga tidak mahu Tun memperbaiki negara ini kerana ketika itu kebebasan bersuara hanya milik ahli politik berani dan media yang dikawal sahaja.

Mustahil saya mahu kembali ke zaman setiap tiga tahun kita akan diugut oleh pemegang konsesi Tol, pemegang IPP, perlu bayar yuran peperiksaan, yuran sekolah dan Tun hanya berminat “bail out” syarikat besar.

Pernah Tun “bail out” kami rakyat marhaen? Apabila berlaku kegawatan ekonomi 1997 dan 1998 Tun hanya sibuk “bail out” syarikat besar dan kroni sahaja bukan rakyat marhaen. Sebab itu ratusan ribu orang yang menyampah dan tertekan turun atas jalan sokong Anwar Ibrahim.

“Pegging ringgit” bukan untuk rakyat biasa tetapi untuk “bail out” syarikat-syarikat besar rakan-rakan Tun yang banyak berhutang dalam USD.

Berapa billion wang negara habis untuk mengekalkan USD 1 = RM 3.80 walaupun harga pasaran cecah RM 4.8? Siapa yang untung? Mereka yang berhutang dalam USD dan membeli barang impot. Siapa yang menanggung? Negara ini yang menanggung.

Jadi cukuplah Tun dan juga Anwar. Anda semua berjasa. Anda melakukan cara anda pada zaman anda.

Namun tiada manusia waras tanpa kepentingan politik akan kembali kepada zaman anda berdua, meninggalkan zaman hari ini yang jauh lebih baik.






4 Komen to Maaf Tun, Saya Tidak Mahu Kembali Zaman Tun

  1. esamanja says:

    Betul tu tuan, Walaupun harga barang sekarang lebih mahal dari zaman 80an dan 90an, tapi kini saya masih mampu berbelanja lebih daripada zaman tersebut.

  2. cikminah says:

    Suka hati kamulah, siapa kisah.

  3. Maha says:

    Zaman tun mahathir sim kad 200rm jadi siapa mahu pergi ke zaman tun mahathir di persilakan,
    Harga barang murah tapi ramai tak mampu beli
    Makanan Fastfoot kfc dan md murah tapi tak siapa mampu beli kalau beli pun angap orang kaya,
    Rumah murah setinggan sebelah kubur ampang siapa mahu rumah boleh daftakan diri dengan ketua kampung rumah setinggan sebelah kubur ampang. Di kelang geta rumah mb azmin dulu sebelah kubur klang geta, hanya azmin rindu zaman tun mahathir dan azmin sebab rumah azmin sebelah kubur klang gate itu.

    Jadi siapa mahu kembali ke zaman tun mahathir dan anwar dipersilakan

  4. kri says:

    betul tuan saya setuju 100000 peratus, zaman najib ada GST, Kenaikan Barang, Kenaikan Minyak, Akaun Peribadi, 1MDB, adalah untuk rakyat 30 juta orang, kami sayang najib lebih kepada bapa kami sendiri, zaman mahathir zaman haram jadah, jambatan pulau pinang, KLCC, KLIA, Putrajaya, Sepang, Langkawi semua haram jadah. untuk mahathir seorang saja yang guna

Leave a Reply