Menu Utama

Lawatan PM Ke US: Lim Kit Siang Dalam Ketakutan dan “Kemaluan”

1. Desakan Supremo DAP, Lim Kit Siang, supaya kabinet membantah kunjungan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat (US) sangat melucukan dan tidak mencerminkan pemikiran seorang ahli politik veteran.

2. Dalam surat terbuka hari ini Lim kit Siang menulis, “I am issuing this open letter to all you cabinet ministers to urge the cabinet to take a patriotic stand at your meeting this Wednesday, the eve of our 60th National Day, to veto Prime Minister Najib Abdul Razak from visiting the White House to meet US President Trump on Sept 12, since the US government has virtually branded the Malaysian Prime Minister a kleptocrat by being “MO1.”

3. Surat terbuka Kit Siang bukanlah berkenaan maruah negara seperti dakwaan beliau. Ia hanya manifestasi ketakutan DAP, Tun Mahathir dan konco-konconya untuk menjelaskan pembohongan mereka kepada rakyat.

4. Suatu ketika mereka mendakwa Najib Razak akan ditangkap sekiranya menjejaki kaki ke Amerika Syarikat. Malangnya bulan ini Najib Razak bukan sahaja tidak ditangkap apabila menjejaki kaki ke Amerika Syarikar seperti dakwaan mereka, malah dijemput dengan “permaidani merah” oleh Kerajaan Amerika Syarikat.

5. Ketakutan dan “kemaluan” mereka jelas sekali apabila Lim Kit Siang sibuk mahu menghalang lawatan Najib Razak ke Amerika Syarikat; Nurul Izzah dan Washington Post sibuk mendesak Pentadbiran Trump membatalkan jemputan ke atasa Najib Razak.

6. Washington Post dan Nurul Izzah mempertikaikan jemputan ke atas Najib Razak sebagai satu “kesilapan” pentadbiran Trump mengiktiraf kleptokrasi dan rasuah.

7. Lim Kit Siang, Mahathir, Nurul Izzah dan sesiapa sahaja dalam Pakatan Harapan perlu mencari persetujuan terlebih dahulu mana isu sebenarnya.

8. Apakah lawatan Najib Razak ini menjatuhkan maruah Malaysia seperti dakwaan Kit Siang; atau maruah Amerika Syarikat seperti dakwaan Nurul Izzah dan pemakan dedak mereka di Washington Post?

9. Realitinya, lawatan kerja Perdana Menteri Malaysia ke Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Trump adalah hubungan diplomatik antara negara yang tiada kena mengena dengan saman Jabatan Keadilan US (Department Of Justice – DOJ) ke atas beberapa harta benda milik Jho Low dan Riza Aziz.

10. Bukan sahaja kesalahan tersebut belum dibuktikan di Mahkamah, malah Najib Razak bukan pihak yang dinamakan sebagai pihak yang dituduh dalam agenda DOJ tersebut.

11. Sudah tentu lawatan ini membuktikan kerajaan Amerika Syarikat sendiri tidak mengambil kira peranan DOJ yang sudah acap kali dikritik di negara tersebut kerana lebih kepada bermain politik daripada memastikan keadilan dilaksanakan.

12. Apa yang Kit Siang dan konco-konconya tidak faham ialah hubungan antara dua negara tidak boleh dan tidak akan ditentukan oleh permainan politik murahan ahli politik pembangkang di negara ini dan media massa di Washington






2 Komen to Lawatan PM Ke US: Lim Kit Siang Dalam Ketakutan dan “Kemaluan”

  1. Memang Baik says:

    Puak2 ini akan terus dilanda ketakutan dan kengerian oleh bayang sendiri. Walau pun LKS yang mebantah tetapi kita tentunya faham bahawa LKS dijadikan wakil mereka. Ini kerana yang ngeri, takut dan mengigau kerana jemputan Trump bukan sorang dua malah kesemua mereka dalam puak yang sama.

    Allah telah aturkan segalanya dan Allah menyukai umatnya sabar. Kita lihat PM berjaya menangani segala badai ini mengikut saranan yang Maha Berkuasa iaini bersabar. Tidak terjungkit, tidak melatah.

  2. TORATORA says:

    Barisan Nasional bukan macam pakatan haram. Barisan Nasional dijemput dan bukan seperti pakatan haram yang menadah tangan mintak sedekah nak jumpa AS. Memang tak tau malu

Leave a Reply