Menu Utama

Kuis Sampah Sendiri Keluar, Jiran Di Seberang Jalan Pula Disalahkan?

Seperti yang semua sedia maklum, warga emas itu dikatakan ‘terluka bermuram durja’ apabila beberapa pemimpin kanan parti ‘cap bunga’ mengambil langkah drastik keluar parti dan mendapat liputan meluas dari media.

Kerana ‘terluka’ itu jugalah maka warga emas itu melemparkan hinaan mendakwa mereka yang keluar parti itu adalah ‘sampah’. Kononya ‘sampah’ itu tidak kuat pendirian dan begitu mudah goyah prinsip perjuangannya.

Sekonyong-konyong itu, maka bertempik soraklah ‘macai-macai’nya menyokong fatwa hukum ‘dewa’ yang mereka puja itu. Lebih lucu, ada di kalangan mereka yang mendakwa fenomena keluar parti yang melanda ‘cap bunga’ itu kononnya angkara ‘parti lawan’!

Penulis sebenarnya tidak pedulikan pada hinaan warga emas itu atau ‘sampah-sampah’ yang dia maksudkan. Bukan suatu perkara ya

ng baru baginya dalam hal ehwal menghina mereka yang tidak senada dan membantah ‘fatwa’nya.

Jika dulu dia sanggup bertegang urat sehingga sanggup menghina sunnah Rasulullah SAW dan memandang remeh pada hukum Allah berhubung hudud, inikan pula kepada mereka yang selama ini dia peralatkan untuk kepentingan dirinya. Itu biasa.

Cuma tentang ‘sampah-sampah’ yang dia maksudkan itu, penulis agak simpati. Nasib mereka sama seperti ‘sampah-sampah’ yang pernah warga emas itu pergunakan selama dia di singgahsana. ‘Habis madu, sepah di buang’?

Mungkin juga mereka yang berada di dalam parti ‘cap bunga’ sekarang terpaksa berfikir dua kali untuk keluar parti. Jika keluar, mereka akan dilabel sebagai ‘sampah’ oleh ‘tauke sampah’. Jadilah mereka bagai ‘hidup segan, mati tak mahu’, terpaksa menjadi ‘lembu yang dicucuk hidung’ selagi dia bernyawa…

Sebenarnya, penulis tidak pasti dari mana ‘macai-macai’ itu mendapat idea untuk mengatakan mereka yang keluar dari parti ‘cap bunga’ itu adalah angkara ‘parti lawan’. Walau menyebut istilah ‘parti lawan’, takkanlah mereka merujuk pada PAS atau Ikatan, bukan? Sudah tentulah UMNO. Kita tidaklah sebodoh mereka…

Isu ‘sampah’ keluar dari ‘tong sampah’ yang ber’cap bunga’ itu sebenarnya bukan juga fenomena baru. Ia sudah lama berlaku, cuma tidaklah mendapat liputan meluas dan ia berlaku secara diam-diam.

Di peringkat akar umbi, sebaik sahaja parti itu rasmi ditubuhkan dan dilantik penaja-penaja di bahagian, maka kita sudah dapat merasai bahang kehangatan mereka bergaduh, tikam-menikam, cantas-mencantas dan seumpamanya.

Jika diperingkat atas riuh rendah perkelahian antara dua kem besar, lebih rumit lagi diperingkat bawah yang bertempur hebat. Memanglah mereka nafikan, takkanlah hendak mengaku pula, kan? Tapi kecohnya hingga ramai yang ketawa gelihati!

Namun kita tidak kisah atas apa yang berlaku dalam parti ‘cap bunga’. Lantaklah itu parti mereka. Huru-hara seteruk manapun, biarlah. Kita cuma ‘mendengar’, ‘melihat’ dan sesekali ketawa tak kering gusi. Baru mereka sedar parti mereka dipenuhi ‘oportunis’ yang kerap membuat onar dalam UMNO dulu?

Dan tiba-tiba bila satu demi satu pengasas dan pemimpin kanan mereka tidak tahan lagi dengan ‘kronisme’, ‘nepotisme’ dan corak ‘kuku besi’ serta kemudian meninggalkan parti, UMNO pula dipersalahkan? Angkara UMNO?

Atas bukti apa ‘macai-macai’ itu menuduh begitu? Jika benar bagai dikata, buktikan sejelas-jelasnya. Tapi pastikan bukti itu benar-benar sahih dan tidak direka-reka seperti yang selalu parti ‘cap bunga’ buat. Ingatlah sama pada dosa dan pahala bila menuduh orang…

Penulis fikir, jika ‘macai-macai’ itu lama bersama warga emas yang dikaji ‘genius’ akalnya, maka mereka akan jadi bijak berfikir. Namun entah di mana silap teknikalnya, benak pula pemikirannya. Terlebih makan ‘dedak’ atau terlebih menelan ‘sampah’?

Justeru itu, penulis menyarankan kepada ‘macai-macai’ itu supaya terus berjaya mempamerkan kedangkalan akal masing-masing. Bukan kita tidak tahu setakat mana tahap pendidikan mereka, tapi simpanlah sedikit jahil itu untuk hari-hari tua…






Leave a Reply