Menu Utama

Ketua Wanita UMNO Muar meninggal dunia

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Muar, Ramlah Ismail meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini pada pukul 9.54 pagi tadi.

Allahyarhamah Ramlah yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun menjadi ketua pergerakan itu sejak 13 tahun lalu dan meninggal dunia akibat sakit tua.

Jenazah beliau dijangka dikebumikan selepas Solat Jumaat ini di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 6, di sini.

Difahamkan, arwah yang merupakan bekas kakitangan kerajaan meninggalkan suami dan empat anak yang berusia antara 20-an hingga 40-an serta lima cucu. – UTUSAN ONLINE






Leave a Reply