Menu Utama

Kesetiaan Noor Mohamed Yaakob dan Forex

oleh Ab Jalil Backer

Noor Mohamed Yaakop terpaksa menulis panjang lebar mempertahankan dirinya dan Tun Mahathir.

Sebenarnya tiada siapa mahu menjatuhkan atau memburukkan Noor Yaakop. Suruhanjaya Di Raja sekadar mendengar penerangan beliau mengenai skandal Forex yang masih misteri.

Hakikat bahawa Noor Yaakop masih diberi kepercayaan kemudiannya oleh pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak membuktikan di sebalik skandal kerugian Forex masih ada banyak kelebihan beliau.

Apa pun beliau tidak boleh menafikan bahawa Bank Negara telah kerugian RM 32 bilion ringgit dalam permainan Forex semasa di bawah pengawasan beliau.

Alasan untuk menstabilkan matawang ringgit munasabah jika dalam amaun bertepatan dengan keperluan. Adalah munasabah untuk rugi dalam Forex.

Apa yang tidak munasabah ialah jumlah “permainan” yang terlalu besar.

Ketika itu Bank Negara Malaysia satu-satunya bank pusat yang menjadi pemain terbesar dalam pasaran matawang. Besar sangatkah ekonomi negara ketika itu sehingga menjadi Bank Pusat paling aktif dan ganas dalam Forex?

Adakah ia satu keperluan pengurusan kewangan atau satu perjudian?

Kita akan terus tertanya-tanya apakah sikap robust BNM ini ada agenda lain seperti melesapkan sebahagian wang tersebut menggunakan alasan rugi dalam forex?

Apa pun tahniah kepada Noor Mohamed Yaakop. Beliau kekal sebagai “gentleman politician” yang tidak melepaskan tengkuk sendiri dan mengenakan bekas bossnya.

Kucing dan anjing pun boleh ketawa mendengar Perdana Menteri tidak tahu permainan berbilion ringgit oleh bank pusat negaranya.

Kesetiaan Noor Mohamed Yaakop adalah sesuatu yang “rare” dalam politik hari ini.






Satu Komen to Kesetiaan Noor Mohamed Yaakob dan Forex

  1. Memang Baik says:

    Kesetian ialah satu sifat yang baik untuk dimilki manusia. Tapi dalam hal Nor ini adakah hanya kesetiaan nya saja yang buat kan dia berbohong. Kita rasa tidak begitu.

    Pernahkan dikaji bahawa dia takut. Dia takut kerana mungkin diugut. Mengenali M, dia bolih berbuat apa saja kerana dia ada kulit untuk diselamatkan. Ye memang M tidak mengugut Nor dengan ISA. Ini kerana ISA pun sudah pun lenyap. Kedua walau pun ada M bukan orang yang masih memegang mandat ISA untuk dipergunakan.

    Tapi jangan lupa Nor bolih diugut tembak walau pun mungkin sudah terlebih usia untuk diugut liwat olih sipeliwat profesyenal. Mengenali M…………………

Leave a Reply