Menu Utama

Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara

oleh Kang Nasir

Salam Maal Hijrah. Bersama kita hijrahkan jiwa dan minda kita sempena Awal Muharam tahun ini. “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”. Adalah tema sambutan Maal Hijrah untuk tahun ini amat bertepatan dengan apa yang pemimpin kita Dato Seri Najib Tun Razak sedang usahakan iaitu mengajak kita semua kearah kebaikan bersama..

Bila kita berkata tentang islam untuk manfaat kepada diri kita masing-masing. kita akan nampak kebaikanya. Tetapi bila kita berkata tentang islam untuk kepentingan politik. Maka kesannya kita sering bersengketa.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=531622050347543&id=100004992577825

Sepatutnya. Usahkan kita. Sedangkan ulama pun wajib menyeru dan mendamaikan pertelingkahan. Oleh itu seharusnya kita bersyukur dan berterima kasih kepada PM yang tidak berputus asa sentiasa mengajak seluruh umat kearah kebaikan bersama. Tapi malangnya majority umat islam tidak nampak kebaikan kerana lebih percaya kepada fitnah hasutan.

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
(Al-Hujurat ayat 10)

Jika benar kita beriman. Sepatutnya kita WAJIB TAAT dan BERIMAN dengan hukum yang tersedia ada dalam Quran dan Sunnah. Malangnya sekarang orang yang perasan dia lebih islam perasan dah kompom beriman mereka pergunakan HUKUM untuk memfitnah menghina dan menghukum saudara sendiri tapi terhegeh-hegeh ikut kafir beramal dengan amalan orang kafir. Walhal Rasulullah dah pesan.

Daripada Anas RA, daripada Nabi SAW sabdanya,
“Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
(Hadith Riwayat Muttafaqun ‘Alaih)

Oleh itu bersama kita muhasabah diri hijrah jiwa dan minda kita kembali menjadikan islam sebagai amalan.
“Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”

Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW,
“Seorang Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak harus mengkhianatinya, mendustakan atau mendustainya, tidak juga membiarkannya (tanpa menolong atau melindunginya). Menjadi kewajipan antara orang Islam menjaga kehormatan, harta dan darahnya. Taqwa adalah di sini (sambil mengisyaratkan kedadanya). Sudah cukup seseorang itu untuk dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam.”
(Riwayat at-Tirmizi)






Leave a Reply