Menu Utama

Keengganan Azmin TandaTangan Ikrar Bebas Rasuah Jadi Tanda Tanya

APA yang susah sangat kerajaan Selangor pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sedangkan selama ini pembangkang diketuai DAP dengan lantang melaungkan ketelusan sehinggakan mereka dengan angkuhnya menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor atau singkatannya Selcat.

Selcat, ditubuhkan oleh kerajaan negeri Selangor kononnua dengan tujuan untuk mengesan sebarang penyelewengan kerajaan pada masa lalu dan masa kini. Perkara tersebut dilihat selari dengan IBR yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Oleh itu, agak aneh apabila Azmin Ali seolah-olah enggan menandatangani IBR. Setakat ini, semua negeri sudah melafazkan dan menandatangani ikrar tersebut kecuali Selangor. Ikrar tersebut penting untuk menunjukkan komitmen kerajaan mentabdir negeri tanpa rasuah dan salah guna kuasa.

Rakyat jadi tertanya-tanya, adakah kerajaan Selangor yang dipegang oleh pakatan terlalu kotor dan penuh dengan rasuah sehingga menyebabkan Azmin masih belum menandatangani IBR tersebut?

Untuk makluman sehingga akhir tahun ini agensi kerajaan dan badan berkanun, pihak kementerian keseluruhannya akan mengadakan IBR. Kini kadar rasuah mencatatkan penurunan.

Selama ini pembangkang yang diketuai DAP menggunakan isu rasuah kononnya kerajaan Barisan Nasional penuh dengan korupsi. Kini ternyata mereka “cakap tidak serupa bikin”. IBR pun mereka “takut” mahu tandatangan.

Jika kita membuat kajian mengenai corak gerakan pembangkang diketuai DAP ini, mereka cenderung untuk melontarkan tuduhan yang pada hakikat sebenarnya dilakukan oleh mereka sendiri. Masihkah ingat isu tuduhan 40000 pengundi hantu Bangla?

Menurut sumber, pengundi hantu sebenarnya dibuat oleh pembangkang sendiri berdasarkan statistik pelancung dari negara China yang “hilang” dan tidak dapat dikesan dikatakan mencecah puluhan ribuan orang.

Dalam isu rasuah pula, laungan tuduhan kerajaan Barisan Nasional terpalit dengan rasuah hanyalah bagi mengaburi berleluasanya aktiviti rasuah yang bermaharajalela dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan harapan.

Buat masa ini SPRM masih menunggu Azmin Ali menandatangani IBR tersebut.






Leave a Reply