Menu Utama

Jemaah Haji Malaysia Lebih Kuota? Begitulah Kita Pun Sejak Najib PM

TULAR sekarang ini pendedahan bahawa jemaah haji Malaysia mencecah 42 ribu orang sedangkan kuota ditetapkan kerajaan Arab Saudi hanya 30,000 orang lebih kurang (1% dari jumlah penduduk).  Cara ia heboh macam ia pertama kali berlaku tapi nak bagitahu ni, sejak Datuk Seri Najib jadi Perdana Menteri April 2009, macam itulah keadaan kita sebenarnya.

Zaman Mahathir ada ke takde?  Tak pernah pulak dengar tapi pedulilah, siapa yang kisah pun? Apatah lagi Mahathir jugak yang kata benda dah lama, kenang-kenang buat apa?  Dalam bab ini, dengarlah cakap Mahathir!!

Setakat fakta yang ada dalam pengetahuan penulis, tak pernahnya yang kita ikut kuota atau had ditetapkan kerajaan Arab Saudi, mesti berlebih.  Waima pada tahun 2015, dimana kerajaan Arab Saudi kurangkan jemaah sebab proses pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pun, jemaah kita masih lebih dari had yang ditetapkan.

Justeru tidak ada masalah untuk Najib menghantar Pengerusi JKKK, Imam dan Bilal menunaikan haji dibawah tajaan 1MDB tanpa mengusik sedikit pun kuota asas yang diberikan kerajaan Arab Saudi.  Dakwaan yang mengatakan program haji 1MDB ini menjadi sebab giliran haji orang lain tertunda, adalah satu fitnah dan boleh menyebabkan penyebarnya masuk neraka kalau tak bertaubat cepat.

Keistimewaan ini sama ada Najib ada hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi atau menghantar rakyat menunaikan haji ini memang jadi keutamaan Najib sebagai Perdana Menteri.  Penulis kuat mengatakan kedua-dua itulah sebabnya.

Sekarang ini pun, diketahui bahawa duit bukan masalah orang Malaysia untuk menunaikan haji tapi permintaan yang melebihi kuota (penawaran).  Ini semua kerana ekonomi negara bertambah baik sejak Najib mengubah begitu banyak polisi ekonomi lapok zaman Mahathir – yang sepanjang 22 tahun pemerintahannya menjerumuskan negara ini 2 kali ke dalam kemelesetan ekonomi.

Umrah jangan cakaplah, bersepah-sepah.  Cuti sekolah diisi dengan perjalanan umrah bukan perkara luar biasa dah sekarang.  Jumlah yang memilih haji pakej (antara RM 25,000 hingga RM 116,000) pun tahun ini meningkat sekali ganda berbanding tahun lepas, apa nak nafikan lagi ekonomi kita sedang baik?

Itulah Perdana Menteri kita, keutamaannya ialah rakyat termasuk dalam hal seperti menunaikan haji ni.  Manalah rakyat tak sayang ketat-ketat?






Satu Komen to Jemaah Haji Malaysia Lebih Kuota? Begitulah Kita Pun Sejak Najib PM

  1. dkds says:

    Benar tu , hubungan yang baik sebenarnya membantu penambahan kouta jemaah haji Malaysia. Tak lupa kisah bahawa visa umrah dari Malaysia pun dipermudahkan malah tiada sekatan, itu sebab banyak pakej umrah wujud.

    Alhamdulillah , Moga hubungan baik ini berpanjangan hendaknya.

Leave a Reply