Menu Utama

Jangan Mewajarkan Tindakan Kejam Myanmar

oleh Ab Jalil Backer

Rohingya diisytihar sebagai bukan warganegara Myanmar pada 1982. Mereka adalah bangsa pemerintah negeri Rakhine (Arakan) sejak kurun ke -8. Dengan kata lain itu adalah negara mereka sebelum dijajah dan kemudiannya digabung penjajah dalam Myanmar.

Hari ini mereka dihalau, dirogol, dibunuh secara kejam. Rumah dibakar dan tanah dirampas.

Seluruh dunia termasuk NGO barat bukan Islam mengutuk kezaliman Myanmar.

Apa yang berlaku kepada Rohingya sama seperti nasib masyarakat Bosnia dibuat oleh Serbia dan Yahudi oleh Nazi.

Adalah menyedihkan apabila ada orang Malaysia menggunakan alasan mereka enggan asimilasi untuk menghalalkan tindakan Myanmar.

Ada pula cuba meneutralkan simpati kepada Rohingya. Mereka mengatakan simpati dengan apa yang terjadi tetapi menyalahkan Rohingya konon tidak pandai berbincang.

Yang menulis ini pun tidak faham sejarah Rohingya. Yang berkongsi juga sekadar ikut-ikutan.

Adakah masih ada nilai kemanusiaan dalam diri kita?

#tears4Rohingya






Leave a Reply

Threesome