Menu Utama

Jangan Kata PAS, Anwar Pernah Bincang Kerjasama Dengan Najib Pun!!

CERITA PKR (sebut Anwar) berbincang dengan PAS, disebalik dah bekerjasama dalam Pakatan ini bukan cerita baru, banyak kali dah.  Seingat penulis, masuk yang terbaru ni dah 3 kali Pakatan buat keputusan tentang isu yang sama dalam tempoh kurang 2 tahun ini saja.  Entah bodoh macam mana buat keputusan sama berulang kali dan lebih bodoh macam mana lagi dok teruskan perbincangan walaupun tahu kawan-kawan tak bagi?

Tidak ada apa yang perlu dihairankan dengan itu sebab PKR memang parti yang tidak boleh dipercaya.  Dalam pilihanraya umum 13, ia adalah PKR yang letak calon lawan PAS di 5 kerusi DUN dan 1 kerusi Parlimen, walhal sama-sama Pakatan Rakyat tu dan dalam PRN Sarawak, ia adalah PKR juga yang letak calon lawan DAP di beberapa kerusi.

Sebab itu Pakatan tak didaftarkan sampai sekarang sebab memang tak boleh kerjasama, hanya nampak macam bekerjasama juga.  Yang bodohnya parti Mahathirlah, dok ingat puak-puak ni bekerjasama beriya sangat.

Entah apa nasib rakyat kalau puak-puak ini berkuasa di Putrajaya selepas PRU14, hanya Tuhan saja yang tahu, tapi itu cerita lain di masa yang lain juga.

Hari ini penulis nak mengingatkan semua bahawa Anwar memang ada cita-citanya sendiri.  Dia bukan peduli dengan Pakatan yang di dalamnya ada PAN, DAP dan Bunga, dia hanya fikir dia saja.  Jangan kata PAS, jika semua masih ingat, hampir 5 tahun dulu bila tahu Pakatan nak kalah PRU13, Anwar cuba mengadakan kerjasama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan Jusof Kalla sebagai orang tengah.

Anwar sign perjanjian itu tapi Najib bijak, beliau tidak sign.  Sebab Najib tahu, itu taktik Anwar nak mintak nyawa supaya tidak dipenjarakan dalam kes liwatnya, cover di atas konon nak semua pihak dapat menerima keputusan PRU13, hanya helahnya saja. Kalah, kalahlah, menang, menanglah, apa keperluan pulak nak sign-sign perjanjian?

Tapi bottom linenya, Anwar sanggup tikam belakang siapa saja asal hasratnya tercapai.  Politik macam itu, peribadi pun macam itu – tikam belakang.






Leave a Reply