Menu Utama

GST Najib Disokong Pakar Ekonomi Dunia, Bantahan Pakatan Disokong Pakar Mana, FB Ke?

RAMAI orang tak perasan bahawa banyak tindakan Pakatan dan top dog mereka Mahathir dalam membantah apa juga dasar kerajaan selama ini, tidak disokong oleh pendapat pakar.  Dari dulu dan dalam apa isu sekalipun, tidak ada pakar baik kesihatan, baik alam sekitar dan ekonomi – bergantung kepada isu, menyokong bantahan Pakatan dalam hal yang berkenaan.

Yang selalu berlaku ialah, Pakatan akan melambakkan pendapat para penyokong mereka yang bodoh dan tuli dalam FB untuk mengalihkan perhatian rakyat bahawa semua itu sebenarnya bukan pendapat pakar yang sebenar.  Setakat buat gelak-gelak bolehlah.

Samalah halnya seperti perlaksanaan GST ini.

Dari mula Datuk Sri Najib Tun Razak bercadang untuk melaksanakan GST sehingga sudah beberapa tahun dilaksanakan sekarang, Pakatan gagal mengemukakan seorang pakar ekonomi bebas yang diiktiraf untuk membantah perlaksanaan sistem baru percukaian tersebut.

Najib pulak dari masa ke semasa, mendapat sokongan pakar ekonomi dunia dalam soal perlaksanaan GST ini.  Semalam, seorang pakar ekonomi terkenal dunia, Bruce Gale yang pernah berpengkalan di Hong Kong, menulis dalam sebuah akhbar Singapura, menyokong sistem GST yang dilaksanakan pentadbiran Najib bermula pada tahun 2014.

Dah beberapa lama Bruce Gale bagi pendapat, tak ada seorang pakar ekonomi waima yang cenderung Pakatan berani untuk menyanggah pendapatnya.  Penyokong yang di FB jangan cakaplah, Bruce Gale pun tak kenal, nak counter pendapatnya macam mana pulak kan?

Tidak hairanlah kenapa dalam Pakatan mengatakan Najib salah melaksanakan GST ini dan seterusnya menyebabkan kesengsaraan terhadap rakyat, realiti yang berlaku langsung tidak menyokong pendapat tersebut.

Mall sentiasa penuh, jalan sentiasa jem, jualan kenderaan (kecuali Proton) termasuk dalam kategori mewah sentiasa meningkat dan sebagainya.  Benda tak penting macam tiket bola dan tiket konsert artis luar negara (rujuk gambar bawah) itulah yang selalu habis dulu.  Bergaduh-gaduh nak mendapatkannya (tiket bola) pun ada.

Pakatan sendiri enjoy kemakmuran ekonomi hasil polisi pentadbiran Najib dengan menjual meja pada harga tinggi dalam majlis kutipan derma yang diadakan mereka.  Sotong cari RM 300,000 untuk bayar denda sebab menipu pun dapat derma RM 1.5 juta dan semua ini menunjukkan rakyat berduit dan polisi ekonomi Najib membahagiakan rakyat!!

Masih nak kata Najib salah lagi?  Cubalah jadi cerdik sikit.






Satu Komen to GST Najib Disokong Pakar Ekonomi Dunia, Bantahan Pakatan Disokong Pakar Mana, FB Ke?

  1. geekpuk2 says:

    Berdosa tak sokong dan bayar GST

    Semua orang kena GST bukan semua rakyat

    Maknanya orang Myanmar, Nepal , Bangla, penoreh getah, penagih dadah dan penganggur semua menyumbang kepada kantung kewangan negara

    Lepas PRU14 nanti, jika UMNO menang lebih banyak barang pengecualian GST akan ditarik balik.Tahun ini nak tarik dah tapi ditangguhkan

    Alhamdulillah

Leave a Reply