Menu Utama

Festival Beer: Kalau Buat Di Selangor Atau Penang, Takde Pulak Kontroversinya Ye Tak?

YANG dilarang DBKL untuk diadakan ialah Festival Beer, bukan minum beer, ini semua orang tahu.  Soal ini tidak ada langsung kaitan dengan agama dan kaum.  Nak minum tu minum sajalah, yang sampai nak berfestival-festival ni kejadah apanya pulak?

Singapura yang bukan Negara penduduk majoriti Islam pun tak membenarkan arak diminum pada waktu-waktu tertentu, ni pulak Negara macam kita, majoriti Islam sampai minum beer pun nak berfestival bagai.

Tindakan Pakatan menjadikan isu ini sebagai isu perkauman, tidak lain tidak bukan kerana undi dan menambah benci kepada kerajaan BN.  Maka tak hairanlah sekalipun Pakatan bukan sebahagian dari penganjurnya tapi mereka yang bersungguh sekali menentang pengharaman yang dikenakan oleh DBKL

Nak nak, Ahli Parlimen dari kaum mata sepet ni.  Bersungguh benar mempertahankan Festival ni seolah mereka baru semalam mendarat dari Tanah besar ke Negara ini.  Takkan tak faham senstiviti masyarakatnya macam mana?  Itu masalah bila mereka dibenarkan jadi kuat oleh orang seperti Mahathir.

Cakap pasal itu, maka tak hairanlah ramai jugak yang mengaku beragama Islam dari parti bercapkan bunga dan PAN yang juga sebahagian dari Pakatan, dilihat turut sama terlibat membantah DBKL dalam hal ini. Dah macam kompetai zaman Jepun pulak nampaknya.

Tentang persoalan kenapa tak diadakan Festival ini di negeri yang mereka perintah, itu sudah jelas.  Kalau buat di Selangor dan Pulau Pinang, nanti takde pulak kontroversinya. Takde kontroversi, takdelah peluang dapat undi ye tak?  Itu sebab benda bukan politik macam ini pun dijadikan isu politik juga, sebab nak undi.

Janganlah kita terpedaya dengannya.






Leave a Reply

Threesome