Menu Utama

Dulu Mahafiraun, Kini Maha U-turn, Selamanya Maha Tak Tahu

Agak canggung apabila kita mula mengetahui, bagaimana seorang yang selama ini di”dewatarayakan” sebagai hebat dan terulung, mula sedikit demi sedikit terlerai ikatan kehebatannya. Satu demi satu, bukan dari mulut orang lain, tetapi dari mulut empunya diri.

Merasakan dirinya sahaja betul, atau sememangnya mempunyai agenda peribadi, beliau sekadar memberi bayangan bahawa apa yang ditujukan kepada dirinya selama ini adalah benar. Mahafiraun, atau lebih tepat gambaran sikap kuku besi, diterjemahkan dengan luahan bekas-bekas ahli PPBM sendiri. Ia tidak mengejutkan, kerana bagi penulis, bila bicara soal Mahathir, it is all about Mahathir, not anyone else.

Tidak cukup dengan itu, kenyataan oleh Dr. Mahathir kini sangat bercanggah dengan kenyataan-kenyataannya yang lalu. Contoh terbaru, bagaimana pada 2005 beliau mahu KWSP melabur di luar negara, kini pelaburan luar negara oleh KWSP dilihat seolah-olah seperti satu dosa. Juga terjadi dalam isu BR1M, apabila tunggang terbalik kenyataannya, sekaligus membuktikan inisiatif BR1M oleh pentadbiran Najib Razak adalah bertepatan sekali demi kesejahteraan rakyat.

Selaku orang nombor satu negara ketika itu, bagaimana mungkin beliau tidak tahu tentang kerugian berbillion ringgit oleh Bank Negara Malaysia berhubung skandal urusniaga matawang asing. Itu belum kita tanyakan tentang PERWAJA, MAS, MISC dan sebagainya. Mungkin kita perlu bersedia dengan jawapan yang sama; TIDAK TAHU.

Terfikir juga, bagaimana pula jika jawapan “TIDAK TAHU” itu terbit dari mulut Perdana Menteri Najib Razak. Tentu Dr. Mahathir orang pertama yang akan memberi komentar, selain Mahfuz Omar.

Barangkali, dulu mahafiraun, kini maha u-turn, selamanya maha tak tahu.



« (Previous News)



Leave a Reply

Threesome