Menu Utama

Ditahan hina kemangkatan Sultan Abdul Halim

Seorang lelaki berusia 21 tahun selepas disyaki memuat naik komen berunsur penghinaan terhadap Almarhum Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata suspek ditahan di sebuah rumah di Genting Highlands, Pahang pada jam 12.27 tengah malam tadi.

“Selepas menerima laporan mengenai komen berbentuk penghinaan terhadap kemangkatan Sultan Abdul Halim, siasatan dijalankan oleh JSJK Bukit Aman.

“Hasil siasatan, suspek ditahan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman dan Balai Polis Genting serta direman dua hari bagi membantu siasatan.

“Turut dirampas seunit telefon bimbit jenama Apple model iPhone 7 Plus dan seunit laptop MSI Gaming G Series,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Acryl Sani berkata, pihaknya juga sedang mengesan seorang lagi individu yang turut memuat naik komen berunsur penghinaan terhadap kemangkatan Almarhum Sultan Kedah.

“Untuk kedua-dua kes, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Berita Harian






3 Komen to Ditahan hina kemangkatan Sultan Abdul Halim

  1. Maha says:

    Hantar apek ini dekat korean utara tak hormati je kin jong un
    Terus kena hukum tembak mesin gun zu-23..

    Lihat apa belaku pada pelancong america itu curi je barang korean utara terus je kena
    Nijet racun,

    Biar apek hidup korean utara itu, kalau tak tahu hormati orang

    • Stalin says:

      spesis ni adalah jenis yg tak pernah mengenang budi negara yg menerimanya utk hinggap dan menetap…hanya di Malaysia…
      yg peliknya spesis ni kalo hinggap ddan menetap di negara lain, tahu pulak mereka hormat malah boleh beradaptasi dgn baik???
      kenapa di malaysia mereka begitu biadap…???

  2. TORATORA says:

    Padan muka!! This is Tanah Melayulah!!

Leave a Reply

Threesome