Menu Utama

DBKL Tidak Benar Anjur “Pesta Arak”, MCA Akur, DAP Desak

PENGANJURAN “Better Beer Festival 2017” yang dirancang diadakan pada 6 hingga 7 Oktober 2017 di Solaris Damansara Kuala Lumpur gagal ekoran tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan pihak penganjur.

Dalam perkara ini pemimpin kanan DAP mula “berkokok” dalam cubaan menjadi juara dikalangan masyarakat Cina. Mereka meminta agar DBKL mengkaji semula penolakan permohonan tersebut.

Walaubagaimana pun MCA menerima keputusan DBKL tersebut atas faktor keselamatan. Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau membangkitkan isu berkenaan dalam mesyuarat Kabinet dan dimaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat atas faktor keselamatan sepertimana yang dinasihatkan polis.

Di sini kita dapat melihat dua reaksi yang berbeza dari parti yang mewakili masayarakat Cina dalam negara kita. MCA yang merupakan salah satu komponen Barisan Nasional bertindak rasional manakala DAP yang memimpin pembangkang cuba menongkah arus sepertimana kebiasaan mereka.

Politik kebencian yang cukup sebati dengan parti chauvanist tersebut akan menyebabkan keamanan negara tergugat. Dalam satu kenyataan bersama oleh lima pemimpin DAP itu, mereka berasa kesal kerana kerajaan tempatan seperti DBKL cuba mengalih pandangan dengan berlagak jadi jaguh agama.

DAP akan berterusan mengasak menggunakan isu agama dan perkauman dalam usaha mereka menghasut rakyat sedangkan semua agama termasuk Katholik, Buddha, Islam dan lain-lain agama melarang amalan minum arak yang memudaratkan.

Namun disebabkan amalam kebiasaan DAP yang sentiasa akan mencari isu berkaitan sensitiviti dan dibangkitkan untuk melihat respon rakyat Malaysia dan juga tindakan kerajaan. Jika terdapatnya tentangan, DAP akan menggunakan plan kedua iaitu akan mengaitkan isu ini melalui hak asasi dan kebebasan. Ini merupakan cara mereka memasang perangkap terhadap kerajaan.

Rakyat Malaysia yang mahu keamanan dan kesejahteraan dikekalkan dalam negara kita perlu memastikan pembangkang yang diketuai DAP disingkirkan terus dari negara kita. Politik kebencian dan hasutan berterusan tidak bagus untuk negara.

Dalam keadaan cabaran global yang semakin meningkat, kita seharusnya berganding bahu bagi menghadapi segala kemungkinan yang mendatang. Bersatu teguh, bercerai roboh maka DAP yang menjadi antara punca perpecahan rakyat Malaysia perlu lenyap dari bumi kita.






Leave a Reply