Menu Utama

DAP marah DBKL menolak permit penganjuran pesta arak.

DAP minta DBKL kaji penolakan penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’

Pemimpin DAP meminta agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengkaji semula penolakan permohonan penganjuran “Better Beer Festival 2017” yang dirancang diadakan pada 6 hingga 7 Oktober 2017 di Solaris Damansara Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan bersama oleh lima pemimpin DAP itu, mereka berasa kesal kerana kerajaan tempatan seperti DBKL cuba mengalih pandangan dengan berlagak jadi jaguh agama.

“Kami rasa kesal kerana kerajaan tempatan seperti DBKL cuba alih pandangan dengan berlagak jadi jaguh agama. Tindakan DBKL ini memang tidak prihatin dan kelihatan tunduk dengan permainan parti politik serta tidak mempedulikan semangat muhibah pelbagai kaum di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Pembatalan acara ini juga akan menjejaskan industri pelancongan Malaysia. Ramai pelancong asing akan takut datang ke negara kerana kerajaan Malaysia dianggap sama dengan rejim yang tidak membenarkan kebebasan,” kata kenyataan yang dipaparkan di media sosial.

Kenyataan itu ditandatangani bersama oleh Tan Kok Wai (Cheras), Fong Kui Lun (Bukit Bintang), Teresa Kok (Seputeh), Datuk Dr Tan Kee Kong (Wangsa Maju) dan Lim Lip Eng (Segambut).

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menolak permohonan penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ yang dijangka diadakan pada 6-7 Oktober ini.

DBKL dalam kenyataan berkata, pihaknya telah menerima permohonan daripada pihak penganjur pada 28 Ogos untuk menjalankan aktiviti tersebut di Solaris Damansara dari pukul 2 petang hingga 11 malam.

Sekiranya pihak penganjur meneruskan aktiviti tersebut tanpa kebenaran DBKL, tindakan lanjut mengikut peruntukkan undang-undang yang sedia ada akan diambil,” kata kenyataan itu.

Penganjuran pesta itu sebelum ini dibantah keras oleh Pas yang turut menggesa para mufti segera mengeluarkan fatwa dan pandangan khusus berhubung penganjuran aktiviti seumpama itu sebagai panduan dan arahan kepada kerajaan.-UTUSAN ONLINE






Leave a Reply

Threesome