Menu Utama

PLUS dan Maju Holdings

oleh Ab Jalil Backer

Cara Maju Holdings mahu mengambil alih PLUS Malaysia Berhad dengan mengumumkan beberapa inisiatif berbentuk pro-rakyat sangat mencurigakan.

Pelan pengambilalihan RM 36 bilion bukan sahaja dikemukakan kepada kerajaan, UEM dan KWSP tetapi juga diumumkan kepada orang ramai dengan tawaran tiada kenaikan tol selama 20 tahun.

Ini seolah-olah untuk mengajak rakyat memberi tekanan kepada kerajaan supaya menjual PLUS.

Rakyat dan kerajaan tidak harus tertipu dengan janji tiada kenaikan tol selama 20 tahun dengan penyelenggaraan terbaik.

Sebagai rakyat biasa saya ada beberapa keraguan:

1. Apakah PLUS sekadar bernilai RM 36 bilion seperti dalam tawaran? Pada 2010 UEM-KWSP menubuhkan PLUS Malaysia Berhad (PMB) mengambil alih PLUS Expressway Berhad dengan kos RM 24 Bilion.

Sejak 2011 – 2017, PMB telah melakukan beberapa penggabungan konsesi lain. Ini bermakna nilai tambah PMB telah meningkat. Jumlah liabiliti juga makin berkurangan berbanding semasa pengambil alihan.

2. Apakah kaedah pembayaran pengambil alihan ini?

Jika ia melalui kaedah mencagarkan aset PMB kepada bank, maka janji-janji manis tiada kenaikan tol dan penyelenggaraan terbaik adalah tidak relevan kerana pada bila-bila masa aset-aset PMB boleh dirampas oleh Bank.

3. Melihat tahap pengurusan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Putrajaya anda mungkin perlu memahami bahawa makna penyelenggaraan terbaik itu lebih rendah dari pengurusan Plus.

4. Menjual aset negara seperti Lebuh Raya Utara Selatan kepada pihak swasta boleh mengundang risiko kewangan besar kepada kerajaan masa hadapan seperti mana berlaku kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Usahawan besar selalu bijak melakukan pemindahan aset dan “creative corporate maneuvers” sehingga menyebabkan syarikat asal hilang aset dan menjadi zombie yang bergantung kepada syarikat yang mengambil alih aset mereka.

5. Atas sebab apa KWSP perlu mempertimbangkan penjualan saham PMB yang telah memberi keuntungan stabil kepada pencarumnya?

Mendapat tunai hampir RM 15 bilion ringgit tidak akan menguntungkan KWSP kerana dalam jangka masa panjang ia perlu dilaburkan semula. Apakah akan ada pelaburan seselamat seperti dalam PMB?






3 Komen to PLUS dan Maju Holdings

  1. Ann says:

    Apa2 saja janji/usaha yg ada kaitannya dengan PH tidak harus dipercayai lagi. Dikhuatiri ia akan menambah masalah dan beban kepada rakyat kelak.

  2. Saya la ni says:

    Nanti x pasal2 cukai tu cukai ni naik.tol pulak melambung naik.jgn ckp org kaya je terkesan ok!

  3. Skillman says:

    Berhati-hati dengan ketua Maju, AB.Sahid ini. Sebelum ini sudah ada kes dengan pelaburan bersama Tabung Haji yang diluluskan zaman Tun DM. Semuanya jahanam dan penuh tipu muslihat dalam urusan kelulusan pelaburan yang merugikan pihak Tabung Haji dan pendeposit. Jangan pisang berbuah dua kali.

    Kekalkan PMB bersama KWSP dan UEM. Satu pelaburan yang baik dan mendatangkan keuntungan yang konsisten. Berbeza semasa di bawah konsesi swasta yang hanya declare rugi sepanjang masa kononnya. Seharusnya mana-mana pihak yang pernah ada kaitan pelaburan yang merugikan di zaman TDM perlu diketepikan walaupun tawaran yang dikemukakan nampak menarik.

Leave a Reply