Menu Utama

Bila ‘Kepala Perompak’ Berbicara…

Agak menarik apabila seorang ‘warga emas’ baru-baru ini mendakwa negara ini kekal aman sehinggalah seorang ‘penyangak, pencuri dan perompak’ muncul. Kononnya negara ini aman damai dan harmoni keadaannya ketika itu berbanding sekarang.

Pada pandangan penulis, kata-kata ‘warga emas’ yang berkemungkinan besar mengalami simptom ‘alzheimer’ itu bertujuan untuk memperlekeh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan era kepimpinannya. Siapa lagi, bukan?

Penulis tidak menjangkakan ‘warga emas’ itu mengutuk dirinya sendiri kerana dia selalu menggambarkan seolah-olah beliaulah pemimpin paling agung, ‘dewa’, maksum, telus, mulus dan serba-serbi tentangnya adalah yang elok-elok belaka.

Memandangkan dia mungkin ‘lupa’ lagi ketika mengungkapkan kata memburuk-burukkan Najib, penulis suka menyatakan bahawa Perdana Menteri sekarang memang tidak maksum seperti dia. Meskipun begitu, sekurang-kurangnya Najib lebih baik dari ‘warga emas’ itu dan tidaklah seburuk dia…

Jika hendak diulas mengenai “perompak”, rasanya boleh tanya rakan sekutunya sendiri, Mohamad Sabu. Presiden PAN itulah yang memberi gelaran ‘terhormat’ kepada warga emas tersebut dengan menabalkan dia sebagai ‘Kepala Perompak’.

Ungkapan ‘penyangak, pencuri dan perompak’ sememangnya sangat popular dan sering meniti di bibir ahli politik pembangkang sejak di zaman warga emas itu berkuasa selama tempoh 22 tahun dahulu. Itu fakta dan terdapat banyak rekod mengenainya.

Mengulas lagi mengenai ungkapan itu, difahamkan warga emas itu katanya mendakwa akaunnya ‘bersih’. Penulis yakin, akaunnya ‘bersih’. Namun, dari mana datangnya kehidupan mewah yang bagai lebih hebat dan ‘gah’ daripada raja dan sultan kita? Nak ke himpunan haram Bersih 5 pun naik jet?

Cuba lihat kereta-kereta mewahnya. Cuba lihat pula ‘mahligai’ dan ‘istana-istana’nya. Cuba teliti pula gaya hidupnya. Semua itu dari anak-anaknya yang kaya-raya? Bagaimana anak-anaknya boleh jadi kaya-raya?

Satu soalan mengenai kekayaan anak-anaknya dari penulis, sekiranya penulis berbinkan Perdana Menteri, urusan dan alamat surat menyurat perniagaan penulis tertulis ‘Sri Perdana’ yang menjadi kediaman rasmi Perdana Menteri, apa akibatnya? Rasanya boleh jadi ‘bilionaire’ atau tidak?

Bagaimana pula jika penulis seorang Perdana Menteri dan berikan kontrak bernilai berbilion ringgit kepada beberapa individu yang rapat dengan penulis secara ‘rahsia’? Bagaimana agaknya layanan yang penulis terima dari individu-individu berkenaan? Silap-silap, ada yang akan ‘sembah’ penulis bagai raja, bukan?

Jika itu yang berlaku, maka penulis tidak akan risau jika akaun penulis hanya tinggal RM2.50 sekali pun. Cakap saja apa yang penulis mahu, sebut saja apa hajat penulis, ia pasti akan dipenuhi, bukan? Jika penulis bersara pun, sudah tentu yang termakan budi itu akan terus membiayai penulis dan keluarga penulis seumur hidup, bukan?

Untuk mengulas mengenai betapa ‘aman’ dan ‘harmoni’nya negara selama 22 tahun itu, rasanya masih ramai lagi saksi yang masih hidup untuk menceritakan sejarah pemerintahan era ‘kuku besi’, ‘tyranny’, kronisme dan nepotisme oleh pemimpin yang terkenal dengan gelaran ‘maha-zalim’ serta ‘maha-Firaun’ itu.

Amankah negara ini ketika itu? Siapa ingat peristiwa Memali di Baling, Kedah yang berlaku pada sekitar 1985 dahulu? Bagaimana pula dengan insiden-insiden pergaduhan dan kekecohan yang juga kerap berlaku akibat perkauman di zaman itu?

Di zaman itu tiada yang merusuh? Siapakah yang menjadi Menteri Pendidikan yang gagal mengawal keadaan ketika berlakunya rusuhan besar-besaran mahasiswa di era 1970’an dulu? Bagaimana dengan huru-hara Reformasi yang bertahun? Amankah negara ketika itu?

Nampaknya penyakit ‘alzheimer’nya semakin menjadi-jadi. Penulis harap ahli keluarganya yang kaya raya tidak lupa memberi ‘ubat’ kepadanya. Atau warga emas itu enggan makan ‘ubat’? Jika begitu, eloklah nasihatkan dia makan ‘kismis tok guru’. Mungkin itu membantu…






Leave a Reply

Threesome