Menu Utama

Biadab Atau Tidak, Itulah Dia Budak ‘Kanyaq’ Harapan ‘Bunga’…

Baru-baru ini penulis secara tidak sengaja ‘ter’tonton sebuah klip pendek wawancara bekas Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman, yang sebelum ini mengunci mulut enggan memberi sebarang komen selepas meletakkan jawatan Naib Presiden parti ‘cap bunga’.

Tidak dinafikan ada sedikit rasa simpati melihat bekas orang kuat Wanita UMNO itu begitu ‘hina’ sekali kedudukan di dalam parti ‘cap bunga’. Walaupun berjawatan Naib Presiden, begitu mudah dia ‘dijatuhkan’ budak ‘kanyaq’ yang hanya mengetuai Armada.

Memang benar katanya. Sebagai seorang wanita yang layak bergelar ibu kepada Syed Saddiq, apatah lagi kedua-duanya berbangsa Melayu, adalah sangat biadab dan kurang ajar apabila budak ‘hingusan’ membentaknya sebegitu.

Bangsa Melayu tradisinya terkenal dengan adab susila dan sopan, apatah lagi dengan orang yang lebih berusia di dalam ‘keluarga’ sendiri. Budi bahasanya cukup halus berkias, begitu murni dan lunak di dengar. Islam pun menganjurkan sedemikian, bukan?

Jadi, apabila seorang budak berkurang ajar begitu, biadab terhadapnya menerusi media dan secara terbuka di khalayak ramai, maka sudah tentulah hati Hamidah sangat parah terluka. Sudah memang begitu resminya nurani bangsa.

Cuma, bezanya pendekatan itu apabila ada yang khianat pada perjuangan agama, bangsa dan tanahair. Jika ada yang begitu di kalangan orang Melayu, tidak kira ‘warga emas’ atau muda, maka akan teruklah dia ‘dikerjakan’ oleh ‘mulut-mulut’ bisa pejuang-pejuang bangsa!

Pada pandangan penulis, memang dari awal lagi ramai sudah dapat melihat dan menyedari tentang keletah Syed Saddiq. Berlatar belakangkan seorang yang pandai ‘bertengkar’, dia dilihat boleh meletakkan dirinya sebagai ‘kerajaan’ mahupun ‘pembangkang’ di atas pentas debat.

Namun begitu, pengalaman dan pengetahuannya yang begitu cetek tentang realiti dunia politik membuatkan dia masih tidak layak untuk mengetuai mana-mana sayap parti. Dan bila dia dilantik sebagai Ketua Armada, sangat terserlah sikapnya yang tidak matang.

Berdasarkan apa yang berlaku terhadap Hamidah, kita juga dapat melihat sikapnya dengan jelas. Biadab atau tidak, matang atau tidak, bijak atau tidak, kurang ajar atau tidak, kenal politik atau tidak, itulah dia Syed Saddiq yang sebenarnya di mata penulis.

Katanya dia pejuang Melayu, tapi jika sikapnya pun tidak melambangkan bangsa Melayu, apa jenis pejuang Melayu namanya itu? Sikap bangsa sendiri pun tidak kenal dan tiada dalam dirinya, bagaimana dia mahu menjadi pejuang? Pantang Melayu budak kurang ajar dan biadab begitu, bukan?

Katanya kenal politik, tapi secara logiknya jika diukur dengan pengalaman dan jasa Hamidah, siapakah antara kedua mereka yang rasanya lebih kenal politik? Siapa yang lebih kenal corak politik Mahathir antara keduanya? Perlu diingat, teori dan pengalaman adalah satu perkara yang sangat berbeza.

Sepak terajang politik, Syed Saddiq pernah rasa? Ditipu ‘hidup-hidup’ selama lebih 22 tahun, pernah dia rasa? Di depan kita menangis, di belakang kita mencatur, menghancur dan menjatuhkan kita, pernah kena? Dakwa konon bersih, tapi hidupnya mewah lebih dari Raja, pernah kena?

Konon menentang UMNO kerana rasuah. Apa dia tidak tahukah di zaman idolanya dululah rasuah ‘beraja’? Bukan setakat rasuah sahaja, lebih dari itu pun ada. Yang dapat kontrak mega dan eksklusif berpuluh tahun sampai kaya raya makan tak habis pun ada!

Jika masih ‘mentah’, tidak perlulah berlagak poyo ‘terlebih sudu dari kuah’, ramai pula nanti yang menyampah. Sikap perlu dijaga supaya tidak meninggalkan kesan buruk pada masa akan datang. Belajarlah dari sejarah dan orang lama yang berprinsip, bukan pengkhianat yang berkepentingan…

Penulis harap, Syed Saddiq sewajarnya mempunyai rasa tanggungjawab dan sedar tentang kelemahan yang ada pada dirinya. Seeloknya, lepaskanlah jawatan dengan sukarela dan jadi ahli biasa. Belajar hingga ‘khatam’ terlebih dahulu, selepas itu barulah masuk ‘gelanggang’…






Leave a Reply

Threesome