Menu Utama

Benar Salah Tun Razak dan Najib Razak Sarawak Diabaikan

oleh Ab Jalil Backer

1. Tun Mahathir menyalahkan Tun Tazak dan Najib Razak punca Sarawak terabai. Kata beliau, Tun Razak yang menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974.

2. Akta ini memberi kuasa kepada syarikat milik negara Petronas melakukan carigali minyak di seluruh negara. Pada 1974, malah sekarang pun, sukar untuk negara sebesar Malaysia mempunyai beberapa syarikat cari gali minyak. Ia tidak ekonomik.

3. Sebenarnya Akta ini tidak bersalah apa-apa. Ia hanya menjadi pertikaian apabila Mahathir selama 22 tahun menggunakan sumber Petronas, untuk Putrajaya, KLCC, F1, segala macam projek mega infra dan ego serta menyelamatkan syarikat anaknya, tanpa mempedulikan pembangunan Sabah dan Sarawak.

4. Selama 22 tahun Mahthir hanya memandang Sabah dan Sarawak sebelah mata, hari ini beliau menawarkan satu penebusan dosa. Mengenali Mahathir beliau akan memberi 1001 alasan pada masa depan untuk menyelamatkan diri dari janji hari ini.

5. Kata Mahathir, Najib Razak pula bersalah kerana kerajaan menggubal Akta Laut Wilayah 2012.

6. Hakikatnya, pindaan ini tiada kena mengena dengan faktor Sarawak tertingal dalam pembangunan. Ia sekadar mengikut piawai antarabangsa dan membolehkan kerajaan menguruskan pertikaian sempadan antara negara dengan lebih baik.

7. Menurut Seksyen 3(3) akta itu, jarak lebar kawasan laut yang berada di bawah kuasa negara adalah 12 batu nautika dari pantai – selaras dengan undang-undang antarabangsa – manakala negeri hanya berkuasa untuk jarak 3 batu nautika.

8. Satu-satunya kesalahan Tun Razak kepada Sarawak ialah “mewasiatkan” kepada Tun Hussien Onn supaya melantik Mahthir Mohamad sebagai Timbalan Perdana Menteri.

9. Satu-satunya kesalahan Najib Razak kepada Sarawak ialah menyokong Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.

10. Jika Najib Razak kekal menyokong Tengku Razaliegh pada 1987, mungkin keadaan Sarawak jauh lebih baik.

11. Ya! Kesalahan Tun Razak dan Najib Razak pada Sarawak ialah menyokong Mahathir Mohamad menyebabkan 22 tahun Sarawak terabai.

12. Sekarang Najib Razak sedang membetulkan keadaan ini.






5 Komen to Benar Salah Tun Razak dan Najib Razak Sarawak Diabaikan

  1. Hanns says:

    Kita juga bersalah membiarkan tua kutuk tu memerintah dan menjarah segala khazanah negara selama 22 tahun – ayuh sama2 kita kuburkan Pakatan dlm PRU14 nanti…

  2. Maha says:

    serawak dan sabah terabai sebab tun mahathir itu, mereka sangup tukar agama semata 50Rm dan makanan di sebab kemiskinan yg melanda, tun mahathir penyebab utama mereka miskin, jadi najib perlu ubah serawak dan sabah supaya jadi maju

  3. dkds says:

    sial punya kutty< kerjanya asyik nak menyalahkan orang atas kegagalan sendiri

  4. zas says:

    kesihan si boboi..kembalile kepangkal jalan..nasihatle ayahanda boboi, alangkah molek dan tertip jika Tun berada dalam menghadiri majlis ilmu & fikir dgn bersulam ayat2 suci Al Quran & Hadith serta zikir,bertasbih, tahmid dan bertakbir memuji kebesaran Allah!!!aamiin https://www.youtube.com/watch?v=_wflqvKGeJI
    https://www.youtube.com/watch?v=VcRAhAssV5k
    https://www.youtube.com/watch?v=zSAxZ1WSIYM
    https://www.youtube.com/watch?v=KWTLS6Sm6Og

Leave a Reply

Threesome