Menu Utama

Bellew Tahu Uruskan MAS, Warga Emas Itu Tak Perlu Menyibuk

Sebelum ini sudah diperkatakan tentang cubaan seorang warga emas yang cuba mempersoal mengenai urusan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Berhad (MAB), sama ada mahu membeli atau menggunakan sistem pajakan pesawat.

Mungkin tidak puas hati atas layanan baik dan Perdana Menteri tidak ditangkap oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat seperti yang dipropagandakan sebelum ini, dia cuba memburukkan urusan memperkasakan MAB.

Sebagaimana yang kita maklum, MAB sebelum ini yang juga dikenali sebagai MAS telah mengalami zaman yang sukar selama berpuluh tahun dan terpaksa distruktur semula bagi mengelak ia tidak ‘dilelong’.

Sudah berpuluh tahun, MAS terpaksa menanggung kerugian yang dikatakan terjadi ketika dia menjadi Perdana Menteri dulu. Penulis yakin, tidak ada sesiapa pun yang hidup di zaman itu akan lupa pada skandal MAS dengan seorang kroni rapat warga emas itu.

Berbilion MAS rugi, namun kerajaan terpaksa ‘bail out’ untuk menyelamatkan syarikat penerbangan kebanggaan kita itu. Itu kisah lama, dan MAS kini perlu bangkit dari kisah duka itu, bukan?

Jadi, memandangkan MAS itu pernah menjadi mangsa ‘salah catur’ warga emas tersebut, maka rasanya tidak perlulah dia cakap banyak atau sentuh tentang syarikat penerbangan berkenaan. Lagipun, dia bukan seorang yang bijak sangat pun…

Warga emas itu bukan seorang pakar industri penerbangan dan penulis juga yakin dia bukanlah seorang yang hebat dalam pengurusan perniagaan industri tersebut. Dia uruskan Proton pun tidak mampu, inikan pula hendak sentuh tentang MAS?

Apa perlu dia menyibuk tentang MAS? Jika MAS mahu beli Airbus sekalipun, kenapa? Jika MAS mahu pajak berapa buah Dreamliner sekali pun, kenapa warga emas itu perlu menyibuk bagaikan pakar ‘aviation industry’?

Apakah MAS perlu menunggu salah sebuah syarikat anak atau kroninya menjadi vendor Boeing terlebih dahulu maka barulah syarikat itu boleh mengadakan transaksi jual beli atau pajakan dengan pembuat pesawat terkenal itu? Dia fikir Boeing itu Proton?

Ekoran dari rasa ‘macam bagus’ warga emas itu, difahamkan CEO MAS, Peter Bellew terpaksa membuat sidang akhbar hari ini bagi menepis propaganda poyo yang dipercayai bermotifkan politik hasil dari cubaannya menyibuk dalam urusan syarikat penerbangan itu.

Cukuplah Peter Bellew saja yang menguruskan MAS, tidak perlu campur tangan dari seorang yang pernah hampir menjahanamkan syarikat itu. Penulis yakin, CEO MAS itu lebih arif dari seorang warga emas yang celupar tidak tahu menjaga lidah dan hatinya…

Atau warga emas itu mahu skandal MAS dulu itu ‘dikorek’ semula? Mahu sebuah lagi RCI beratur menunggu giliran menyoal dia berjam-jam seperti RCI forex baru-baru ini? Atau dia mahu Mat Sabu, Anwar, Kit Siang dan Guan Eng bangkitkan kembali skandal lama itu?

Justeru itu, penulis memohon kepada mana-mana anak warga emas itu untuk membantu, tolong carikan kerja yang keluar dari konteks politik untuk dia uruskan. Mungkin dia boleh uruskan rumah penjagaan orang tua-tua misalnya?

Sudah-sudahlah mengarut, meroyan yang bukan-bukan. Perbuatan itu bukan saja akan memalukan dirinya, malah ia juga mampu menghilangkan rasa hormat masyarakat padanya. Tolong jangan dicemarkan lagi imej ‘negarawan’ yang dibawa. ‘Lost respect’, tokwan!






Satu Komen to Bellew Tahu Uruskan MAS, Warga Emas Itu Tak Perlu Menyibuk

  1. Pemerhati says:

    ada 2 sebab kenapa musibat anak haram itu ‘tidak patut & tidak layak sama sekali menyibuk’ marah/bantah/ tak setuju/tak suka tentang pembelian pesawat2 baru Boeing itu

    sebab pertama, Najib tak telefon dia beritahu nanti akan saya(Najib) suruh si Belew buat perjanjian tanda tangan kontrak pesawat isi minyak dengan syarikat minyak anak awak(musibat anak haram mahathir)

    sebab kedua, Najib tak suruh si Bellew lantik orang tengah(ejen yang sudah tentu makan komisen jutaan ringgit) dikalangan kroni musibat anak haram itu untuk urusan membeli pesawat2 Boeing itu

Leave a Reply