Menu Utama

Better Beer Festival Dan F & B Festival, Selangor Dalam Limpahan Arak

MEMANG melampau perancangan penganjuran pesta arak dalam negara kita. Mungkin mereka berharap dengan penganjuran festival atau pesta arak secara besar-besaran maka akan “down grade” Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berpelembagaan. Dan menurut Perlembagaan, Islam adalah agama rasmi negara kita.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah memberi lampu hijau kepada “Centro Mall German F & B Festival” untuk mengadakan pesta arak tetapi melarang pihak penganjur memaparkan perkataan “Oktoberfest”. Keputusan itu dibuat kononnya berdasarkan acara berkenaan adalah majlis persendirian dan akan diadakan di tempat peribadi, lapor akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.

Tidak cukup dengan pesta arak di Klang yang telah diluluskan MPK, pihak penganjur pesta arak Better Beer Festival membuat juga permohonan untuk mengadakan acara itu di Selangor selepas ia dihalang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Isu keselamatan langsung tidak mereka hiraukan walaupun pihak berkuasa telah memaklumkan bahawa pesta tersebut dihalang sebelum ini disebabkan terdapat ancaman pengganas seperti yang berlaku dalam acara penutup Sukan SEA 2017 baru-baru ini.

Penganjur dikatakan masih berdegil dan dilihat cuba mencabar sensitiviti masyarakat Islam di negara ini dengan merancang untuk mengadakan pesta itu walaupun dihalang oleh DBKL dan banyak pihak lain.

Pihak MBPJ didesak agar tidak meluluskan penganjuran acara pesta arak di lokasi yang diminta iaitu di pusat beli belah One Utama. Sebelum ini Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata penganjur Better Beer Festival perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan sekiranya mahu memindahkan lokasinya ke Selangor.

Jika DAP berkeras mahu agar pesta arak ini berlangsung, adakah Azmin Ali berdaya untuk menghalangnya? Kita pun tahu jawapannya memandangkan Azmin Ali hanyalah boneka DAP dalam pentadbiran Pakatan di Selangor.

Pesta tersebut dirancang untuk diadakan pada 6 dan 7 Oktober di Pusat Membeli Belah Publika di Kuala Lumpur tidak mendapat kelulusan DBKL. Pihak penganjur akur dengan arahan DBKL dan membatalkan acara itu memandangkan ia menjadi sasaran serangan militan.

Persoalannya mengapa mereka membuat permohonan dari MBPJ walaupun mereka tahu bahawa terdapat elemen ancaman militan. Kedudukan Pusat Membeli Belah Publika di Kuala Lumpur dan pusat beli belah One Utama bukan lah terlalu jauh. Mereka sepatutnya faham bahawa ancaman militan tersebut masih lagi wujud.

Adakah keinginan untuk memartabatkan arak jauh lebih besar daripada isu keselamatan mereka sendiri?



« (Previous News)



Leave a Reply