Menu Utama

Beer Festival: Benarlah Kata-Kata Mat Taib Tempohari

Di sebalik perdebatan yang berbaur di kalangan peminat politik tanahair tentang kewajaran menerima semula Mat Taib kembali ke pangkuan UMNO, hari ini telah terbukti, bahawa kata-kata beliau tentang Azmin Ali mempunyai dasar yang kukuh.

“Geng Azmin (Timbalan Pre­siden, Datuk Seri Mohamed Az­min Ali) ‘berperang’ dengan geng Rafizi Ramli (Naib Presiden). Yang bukan Melayu sokong Azmin. Azmin selesa dibuai oleh geng-geng ini. Jual banyak tanah. Tidak pernah sebut pun hal dan kepentingan Melayu.”

Apa lagi yang hendak dikatakan, sekiranya Azmin membenarkan Better Beer Festival diadakan di Selangor. Apa juga perkiraannya, segalanya tampak mudah dibaca, iaitu Azmin ingin terus mengekalkan sokongan yang diterimanya, seperti mana kata-kata Mat Taib tempohari berhubung sokongan kepada Azmin.

Untuk apa memperjuangkan kepentingan Melayu, jika akhirnya kehilangan sokongan, dan akhirnya mampu membuatkan Azmin berputih mata dari jawatan Menteri Besar. Maka, tidak hairanlah acara sedemikian rupa dibenarkan, kerana di dalam politik, angka adalah segalanya.

Apa juga cubaan Azmin untuk menjustifikasi tindakannya membenarkan acara berkenaan diadakan kelak, ia hanyalah alasan orang politik. Hakikatnya, Azmin tidak mampu menolak desakan majoriti yang menyokongnya.

Inilah politik, dan inilah maksud kebimbangan Mat Taib tentang siapa yang menentukan keputusan di dalam Pakatan Harapan.

 






Satu Komen to Beer Festival: Benarlah Kata-Kata Mat Taib Tempohari

  1. Maha says:

    baru2 ini cubaan azmin telah jual tanah parking di taman malawati pada syarikat besar, azmin telah cuba melakukan sama lagi taman melawati itu, 2 bulan bonus semata jual tanah parking itu yg perjuangkan oleh azmin

Leave a Reply