Menu Utama

Apakah Kit Siang Masih Punya Kredibiliti?

Sekiranya kita menyebut nama Lim Kit Siang, penulis yakin bahawa ramai di kalangan rakyat Malaysia yang mengenali nama pemimpin DAP itu. Namun jika ditanya apakah jawatannya di dalam DAP, ramai yang ‘gagap’ tidak tahu menjawab.

Difahamkan bahawa jawatannya yang terkini adalah Penasihat Ahli Parlimen DAP dan ada yang mengatakan dia berjawatan Penasihat DAP. Namun penulis yakin bahawa ramai yang berpandangan bahawa dia merupakan ‘De Facto’ sebenar bagi DAP dan Pakatan Harapan.

Khabarnya, pengaruh Kit Siang di dalam DAP cukup kuat bagaikan ‘Maharaja’ layaknya. Anaknya di Pulau Pinang pula adalah Setiausaha Agung DAP, juga disifatkan bagai ‘Putera Mahkota’ bagi ‘Dinasti Lim’. Benarkah begitu? Orang Cina DAP boleh jawab?

Sebagaimana maklum, Kit Siang merupakan seteru utama Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berjawatan Perdana Menteri. Dia cukup kenal dengan Mahathir. Pernah dia menyanggah Mahathir dan dia dihumban ke penjara di bawah ISA.

Pada 1983 dan 1986, Kit Siang pernah menulis buku tentang skandal umiputra Malaysia Finance Ltd. (BMF). Dalam erti kata lain, apabila mampu mengarang dua buah buku tentang subjek yang sama, maka penuisnya sudah tentu tahu sangat mengenai apa yang ditulisnya, bukan?

Kedua buku itu difahamkan adalah untuk menyerang Mahathir. Bekas Perdana Menteri yang kini Pengerusi parti ‘cap bunga’ itu dilanyak habis-habisan dengan pelbagai tuduhan negatif yang mengejutkan. Dia label Mahathir sebagai ‘penyangak’!

Isu BFM bukanlah satu-satunya isu yang Kit Siang ketengahkan untuk menghentam Mahathir. Ada banyak lagi isu yang dia gunakan untuk menyerang Mahathir seperti Perwaja Steel, skandal MAS, skandal Petronas dan banyak lagi.

Namun begitu, sejak Mahathir bersekutu dengan DAP dan ‘berpeluk’ dengannya, Kit Siang tidak menyebut langsung tentang segala isu yang pernah dia persoalkan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Penulis tertanya-tanya, apakah selama ini Kit Siang hanya berpura-pura sahaja dengan segala serangannya terhadap Mahathir sebelum ini? Apakah dua buku yang sarat dengan dakwaan dan ‘fakta’ itu merupakan tuduhan palsu?

Bagaimana pula dengan label ‘penyangak’ yang dia berikan pada Mahathir? Adakah dia senang hati bersekutu rapat dengan ‘penyangak’? Apakah dia tidak sedar tentang ‘bapa kleptokrat’ yang kini sering bersamanya itu? Atau dia juga sudah ‘lupa’? ‘Tidak tahu’?

Pada pandangan penulis, kredibiliti Kit Siang sudah hancur. ‘Taring’nya sudah tercabut. Kelihatan dengan jelas betapa hipokrit dan tidak konsisten pendiriannya. Dia bawa ‘penyangak’ ke majlis-majlis rasmi partinya? Memalukan…

Rasanya satu Malaysia sudah dapat melihat ‘warna sebenar’ Kit Siang. Maruah dan imej dirinya tercemar sejak dia ‘menjilat segala kahak hijau’nya selama berpuluh tahun sebelum ini. Ada lagi kaum Tiong Hua yang terpengaruh dengannya?

Masih ada yang ‘memuja’ Kit Siang. Rata-ratanya yang mahukan populariti dan ‘kuasa’. Tidak seperti Tan Seng Giaw dan rakan-rakannya yang berpegang pada prinsip DAP, segelintir Cina DAP itu terpaksa ‘kowtow’ pada Kit Siang gara-gara ‘kroni’ dan ‘jawatan’?

Mujurlah kini dikhabarkan ramai masyarakat Cina yang sudah mula sedar tentang siapa Kit Siang yang sebenarnya. Bukan hanya diluar DAP, malah masyarakat Cina di dalam DAP sendiri pun sudah terlalu bosan dan tidak tahan melihat hipokrasi bapa Guan Eng itu.

Penulis tidaklah terlalu mengharap sokongan masyarakat Cina terhadap BN. Orang Cina zaman dahulu agak berbeza dengan orang Cina zaman sekarang. Sudah dua kali orang Cina tertipu dengan Kit Siang dan anaknya sebelum ini.

Harapnya mereka tidak lagi membenarkan diri mereka tertipu buat kali ketiga. Bak kata pepatah Inggeris, ‘once bitten, twice shy’. Sudah malu ditipu untuk dua penggal, mahu lagi ditipu untuk kali ketiga? Terserahlah. Namun kali ini, ia akan membayangkan letaknya maruah kaum Cina di negara ini, kan?



(Next News) »



Leave a Reply