Menu Utama

Anggota Polis Harus Berhenti Sebarkan Secara Semberono Laporan Dalaman atau Hasil Siasatan Yang Belum Rasmi.

oleh Ab Jalil Backer

Beberapa tahun lalu saya menulis bahawa anggota polis perlu kekal profesional dalam kerja mereka.

Ketika itu laporan dalaman dan gambar-gambar mengerikan mangsa jenayah kanak-kanak telah disebarkan dalam media sosial.

Semalam laporan dalaman Polis bersama gambar suspek juvana yang membakar sekolah tahfiz turut tersebar sebelum sidang akhbar Polis.

Adalah malang laporan dalaman Polis dan gambar suspek juvana pun boleh berlegar dalam media sosial.

Ia adalah satu kesalahan serius mengedarkan gambar susupek juvana. Namun tiada siapa peduli kerana kegilaan menjadi popular melaporkan berita sensasi.

Polis harus menilai dan meningkatkan disiplin anggotanya atau pada masa hadapan akan berhadapan banyak tindakan undang-undang.






Leave a Reply