Menu Utama

Ahlinya Sudah Lebih Sejuta Konon, Tahu Kira Atau Tidak?

Sebelum ini, ramai yang tertanya-tanya tentang jumlah keahlian sebenar parti ‘cap bunga’ di seluruh negara. Bukan setakat media yang bertanya, malah rakyat di luar sana pun mahu tahu berapa jumlah sebenar anggota parti itu secara rasmi.

Jika dirujuk kepada jawapan-jawapan yang diberikan, maka ramai yang akan keliru dan ragu. Pemimpinnya begitu enggan mendedahkan jumlah sebenar. Malah berdolak-dalik dan cepat-cepat mengubah topik mengenainya.

Namun bila lama kelamaan diasak oleh wakil-wakil media, mereka mula memberikan angka yang ‘mengejutkan’. Ada yang kata sudah mencecah ratusan ribu dan ada yang mendakwa belum mencecah sejuta?

Jika kita dengar pula dari ‘macai-macai’nya di media sosial, lebih karut bunyinya. Ada yang mendakwa sudah mencecah lebih sejuta ahli? Sekonyong-konyong itu mereka mendabik dada konon mendapat ‘sambutan hangat’.

Yang peliknya, jika dirujuk kepada maklumat-maklumat yang diperoleh dari akar umbi di bahagian-bahagian yang boleh dianggap ‘besar, mereka mendedahkan jumlah sebenar di bahagian mereka hanyalah sekitar 1,000 hingga 1,500 ahli sahaja.

Bila ditanya pula di bahagian-bahagian yang sederhana ‘gah’, didapati jumlah ahlinya hanya sekitar 100 hingga 200 orang sahaja. Tidak payah cakaplah di bahagian yang ‘tiada harapan’, nanti ada pula yang merah muka.

Pun begitu, penulis enggan menerima maklumat itu bulat-bulat. Bukannya boleh dipercaya sangat puak ‘bunga raya’ ini. Namun bila mendengar sendiri dari sumber yang layak dipercayai, maka logik jugalah maklumat yang diterima itu.

Menurut sumber berkenaan, jumlah terkini keahlian PPBM tidak sampai 100,000 pun ahlinya? Biar betul? Ditanya pula pada satu lagi sumber parti itu yang boleh dipercayai, katanya lebih kurang 80,000 hingga 90,000 sahaja?

Ketika mendapat tahu jumlah tersebut, penulis terdiam. Kemudian berderai ketawa. Cakap mereka sungguh besar. Kononnya ratusan ribu, setengah juta, malah ada yang kata lebih sejuta ahli? ‘Bo Hong Kuat’..!

Apa yang jelas, propaganda mereka tidak menjadi. Malah lebih menarik, ia juga menunjukkan betapa terdesaknya mereka sehingga sanggu menipu. Dari awal lagi disyaki puak itu berbohong, namun Allah dedahkan juga ‘pekung’ mereka.

Itu pun mereka masih lagi mendabik dada konon mahu menjatuhkan UMNO dan PAS? Boleh dikatakan tiap-tiap hari mereka ‘menyerang’ kedua parti Melayu terbesar itu. Bohong dan auta bagai sudah menjadi ‘zikir harian’ mereka. Dosa pahala bagai ditolak ke tepi.

Mereka tahu berapa jumlah keahlian UMNO dan PAS yang mereka mahu jatuhkan itu? Sehingga kini, jumlah keahlian PAS dikatakan telah mencecah seramai 1.3 juta ahli, manakala UMNO pula dikatakan sudah melebihi daripada 3.5 juta ahli.

Jika jumlah keahlian PAS pun mereka gagal tandingi, bagaimana mereka mahu kalahkan parti itu pada PRU ke-14 nanti? Jika PAS pun mereka tidak mampu tewaskan, bagaimana pula dengan UMNO? ‘Jauh panggang dari api’…

Tapi, mujurlah mereka bersekutu dengan DAP, PKR dan PAN. Jika mereka bergerak solo, penulis yakin riwayat mereka tidak lama. Silap-silap, dengan PAN pun mereka tak mampu ‘makan’. Berdekah-dekah dibuatnya ‘banduan’ di Sungai Buloh!

Justeru itu, penulis berharap agar mereka berhentilah bercakap besar. Tidak guna menipu. Bila ‘kantoi’, warga emas dan anaknya juga yang malu, bukan? Lagipun, menipu itu berdosa hukumnya. Cukup-cukuplah. Bak kata Nik Abduh, kembalilah ke tikar sejadah…






Leave a Reply