Menu Utama

Tidak Percaya Ketuanan Melayu, PERKASA Masih Membisu?

Apabila Mahathir mengaku tidak percaya kepada ketuanan Melayu, ramai yang sangsi dengan kenyataan tersebut, sehinggalah berlegarnya video ucapan dari mantan Perdana Menteri itu. Jelas, nyata dan terang, bahawa itu memang pengakuan yang dibuatnya.

Tiada siapa yang sangka, dengan indoktrinisasi selama 22 tahun menjadi perdana menteri, sekali lagi kita dikejutkan dengan ucapan berstatus “u-turn”, demi kelangsungan politik mengikut acuannya. Anehnya, PPBM sendiri berpaksikan ketuanan Melayu, dengan tujuan penubuhan yang mirip dengan UMNO. Mengapa begitu jika tidak percaya kepada ketuanan Melayu?

Lebih aneh lagi, kita tidak pula mendengar sebarang kritikan atau ulasan dari panglima-panglima PERKASA, yang selalunya garang bak harimau apabila ada kenyataan-kenyataan yang menafikan ketuanan Melayu. Di mana hilangnya suara PERKASA?

Kelmarin dulu, bukan main garang lagi melulu apabila membuat tuduhan sewaktu majlis pelancaran projek ECRL. Isu bendera Indonesia terbalik pada Sukan SEA juga tidak lepas dari kritikan hebat mereka sehingga meminta menteri letak jawatan.

Bagaimana untuk kita bayangkan, sebuah pertubuhan yang menerapkan Perkara 153 di dalam Perlembagaan Negara sebagai asas penubuhannya, tidak pula bersuara apabila Mahathir mengatakan beliau tidak percaya kepada ketuanan Melayu.

Betapa besar pengaruh Lim Kit Siang sejak bersekutu dengan Dr. Mahathir sehingga mampu membuatkan mantan perdana menteri itu membuat pusingan “u-turn” berkali-kali. Maka, apakah “epilog cinta” antara Ibrahim Ali dan Lim Kit Siang yang “mula terjalin” di majlis deklarasi rakyat membuatkan ketidakpercayaan Mahathir kepada ketuanan Melayu perlu diterimapakai sebagai ideologi PERKASA?

Ingin juga lihat bagaimana PERKASA berpencak silat andai Najib Razak yang berkata “Saya tidak percaya kepada ketuanan Melayu”.



« (Previous News)



4 Komen to Tidak Percaya Ketuanan Melayu, PERKASA Masih Membisu?

  1. Afi says:

    Melayu perlu tubuhkan NGO yg baru bagi menggantikan perkasa yg sudah lari dari perjuangan asal.

  2. Pemerhati says:

    macam mana nak bersuara, selain perut buncit kekenyangan tekak si katak puru masih tercekik & tersumbat dengan dedak pemberian mamak kuttypukimak

  3. Pemerhati says:

    1. tak percaya pada Ketuanan Melayu merupakan antara kenyataan ‘tembak kaki sendiri’ dari mahathir kepada partinya…semoga mahathir dapat terus membuat lebih banyak kenyataan ‘tembak kaki sendiri’ atau ‘gali kubur sendiri’ sebegini

    2. Orang Melayu jenis ‘telah mempratikan lap guna kertas tisu selepas berak\'(antara contoh & tidak terkecuali ‘melayu liberal’ seperti kelompok yang digelar ‘G25’) sahaja akan mereka memberi undi kepada mahathir & ppbm(tidak percaya pada Ketuanan Melayu) pada PRU14 nanti

    3. kenyataan mahathir bahawa dia tidak percaya pada Ketuanan Melayu membuktikan penubuhan ppbm kononnya memperjuangkan Ketuanan Melayu adalah satu penipuan…begitu cepat tuhan tunjukkan bagaimana mahathir cuba nak tipu lagi Orang Melayu dengan menubuhkan ppbm kononnya untuk menggantikan UMNO

    4. mahathir berkata dia tidak percaya pada Ketuanan Melayu sebab dia sedar dirinya sekarang ialah ‘top dog’ atau anjing peliharaan ‘ketuanan cina’ iaitu DAP

    5. sekarang ini mahathir tidak percaya pada Ketuanan Melayu sebab dia mahu memberitahu pada Orang Melayu bahawa dia sebenarnya bukanlah melayu…dalam masa yang sama mahathir juga mahu memberitahu yang dia hanya berpura-pura percaya & mempertahan Ketuanan Melayu semasa berada dalam UMNO menjadi presiden & PM sebab dapat ambil kesempatan untuk menyeleweng wang rakyat bagi mengkayakan anak2 & kroni2nya

  4. Ann says:

    Selama 22 tahun Melayu telah ditipu bulat2 oleh top dog yg mengaku Melayu. Akhirnya yg dapat menfaat kekayaan hanya kroni/Cina. Yg rugi Melayu dengan pembunuhan dalam kes BMF dan mamali dan negara/rakyat yg hilang berbilion dlm pelbagai skendel. Tapi perkasa tak perasan perkara ini kot? Kalau dah kepala u turn terjun masuk laut, tak kan ekor pun ikut terjun sama? Akai taruh mana wei?

Leave a Reply