Menu Utama

Tak Mengapalah Kalah Pertempuran, Yg Penting Menang Perang

Kredit Gambar: NST

AZMIN dengan tak malunya semalam mengaku bahawa kejayaan kontinjen negara memperoleh 111 pingat emas seterusnya mencapai sasaran yang ditetapkan Kementerian Belia dan Sukan adalah hasil polisi kerajaan negeri Selangor dan atlit-atlit Selangor.

Untuk mengukuhkan lagi kenyataannya, Azmin hadir menyaksikan perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA semalam, duduk disebelah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Zahid Hamidi lagi.  Kalah pulak, kalau menang tak tahulah macam mana dia berkepak.

Tapi ini semua menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan tidak malu untuk mengambil kredit dari yang bukan hak mereka, untuk kekal popular. Hakikatnya, program atlit dibawah Sukan Sea ini adalah program kerajaan persekutuan, bukan kerajaan negeri, yang tak malu claim kredit untuk diri sendiri tu apahalnya pulak?

Kalau nak dikirakan macam itu, sepatutnya yang lebih layak mendapat kredit untuk kecemerlangan atlit-atlit negara dalam temasya Sukan Sea kali ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lah, manakala Menteri KBS harus dipuji dari sudut perlaksanaan dan pengurusan bajet.

Yang Azmin apa ada kaitannya pulak?  Nasib baik dia tak kata Stadium Shah Alam tu dibina PKR setelah berjaya jadi kerajaan tahun 2008!!

Apa pun, penulis nak ambil kesempatan ini untuk ucap tahniah kepada pasukan bolasepak negara kita kerana berjaya memperolehi pingat Perak.  Harapan memang tinggi nak dapat emas bolasepak tapi itu bukan misi kontinjen kita dalam edisi kali ini.  Misi kontinjen kita ialah mendapat 111 pingat emas yang mana telah jauh pun diatasi pada saat artikel ini ditulis.

Bolasepak sendiri menyasar untuk layak ke separuh akhir saja dan itu telah berjaya dicapai dengan sempurnanya.



« (Previous News)



Leave a Reply

Threesome