Menu Utama

SPRM serbu MBI, Unisel dan JNSB (video)

  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Universiti Selangor (Unisel) dan Syarikat Jana Niaga Sdn. Bhd (JNSB) pagi ini dipercayai berkait rapat dengan salah guna kuasa dalam isu pertikaian kontrak.

Serbuan melibatkan lima lokasi berbeza iaitu di Kampung Pandan, Shah Alam dan Bestari Jaya itu bermula pukul 10 pagi dengan enam pegawai SPRM dilihat memasuki kampus induk Unisel di Seksyen 7, sebelum serbuan dibuat pula ke atas MBI di Bangunan Darul Ehsan pada pukul 10.45 pagi.

Pada 8 Ogos lalu, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya membuat laporan kepada SPRM Selangor berhubung tatacara penyelesaian kontrak berjumlah puluhan juta ringgit di antara Unisel dan JNSB yang didakwa meragukan. – Utusan Online.






Leave a Reply

Threesome