Menu Utama

SPLASH: Laa…Tak Selesai Lagi Ke, Bila Nak Selesainya Azmin?

SEMALAM bila kecoh pasal isu pengambilalihan SPLASH yang dibangkitkan Menteri Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di Parlimen, baru rakyat Malaysia ini amnya dan Selangor khasnya tahu bahawa tak selesai lagi urusan pengambilalihan air di Selangor ni.  Ingat selesai dah.

Padahal dulu, dia punya heboh, sana billion, sini billion yang terlibat dalam urusan pengambilalihan  tersebut bukan main, rupanya tak selesai apa pun lagi.  Azmin salahkan kerajaan pusat pulak lagi kenapa pengambilalihan tersebut masih tertangguh sampai sekarang.  Eh, soal air di Selangor ni bawah negeri ke bawah persekutuan?

Kita ni heboh dengan isu-isu tak penting macam 1MDB, hal yang menjadi keutamaan rakyat macam air di Selangor ini masih tertangguh sehingga sekarang.  Apa malunya negeri yang mengaku maju, rizab berbillion macam Selangor tapi masalah airnya hampir sama macam di Kelantan?  Tiap minggu ada gangguan, kejap daerah itu, kejap daerah ini.  ‘Pesen’nya sekarang, gangguan satu hari tapi nak pulih bekalan, boleh sampai dua ke 3 hari lamanya.  Dek terlalu kerap, orang pun dah malas nak berbunyi dah.

Bukan ada perubahan apa pun sama sekali.

Tak hairan semalam Azmin menimbulkan kekecohan untuk menutup kegagalannya menyelesaikan masalah tersebut.  Biasa macam itulah, bila kena jolok saja dia melompatlah, nanti yang dijolok tak terjawab, yang melompat tu pulak yang lebih menjadi isunya.  Nak tahu Azmin salah senang je, kalau dia melompat bila bangkit isu yang tak menyebelahinya, itulah dia.

Apa pun, nampak gayanya Azmin memang tak boleh selesai masalah air di Selangor ni, harap gebung gebang macam itu sajalah.  Yang boleh buat perubahan ini ialah rakyat Selangor sendiri dengan mengubah kerajaan Selangor.  Dulu BN perintah tak pernah pun ada masalah terlalu kerap putus bekalan air macam sekarang.






Leave a Reply

Threesome