Menu Utama

SKANDAL FOREX: PEJABAT PEGUAM NEGARA ENGGAN KELUAR PANDANGAN BERTULIS KEPADA AUDIT

BEKAS juruaudit di Pejabat Ketua Audit Negara, P Kanason Pothinker mendakwa Pejabat Peguam Negara Malaysia menyatakan aktiviti Bank Negara dalam kegiatan perdagangan mata wang (Forex) pada 1990-an melanggar Akta Bank Negara Malaysia.

Menurut Pothinker ketika melakukan audit Bank Negara beliau telah menghantar pertanyaan kepada Pejabat Peguam Negara mengenai aktiviti spekulasi matawang oleh Bank Negara ketika itu.

Beliau kemudian dimaklumkan secara lisan oleh Ketua Bahagian Khidmat Nasihat Pejabat Peguam Negara ketika itu, Ainum Mohamed Saaid, bahawa perdagangan forex Bank Negara tidak teratur atau tidak mematuhi kehendak Akta Bank Negara Malaysia.

Bagaimanapun, menurut Pothinker Ainum gagal memberi ulasan bertulis seperti yang dijanjikan untuk dimasukkan dalam laporan audit.

Pothinker kemudiannya dimaklumkan oleh Ainum bahawa ulasan bertulis dan rasmi tidak dapat diberikan kerana ada arahan pihak atasan beliau supaya tidak masuk campur dalam kontroversi Forex.

Photinker bertaka demikian ketika memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat punca sebenar di sebalik kerugian urus niaga matawang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1980-an dan 1990-an.

Sebelum itu Photinker menyatakan beliau mengesan tindakan Bank Negara yag sangat terlibat dalam perdagangan mata wang dan percaya ia melanggar akta Bank Negara Malaysia. Bagaimanapun sebagai juruaudit beliau tidak membuat keputusan mengenai undang-undang atau tafsirannya.

Kanason mendakwa bahawa ini kemudian dibincangkan dengan beberapa pegawai Bank Negara tetapi mereka tidak memberi sebarang maklum balas.

Ia kemudian memutuskan bahawa bantuan dari Jabatan Peguam Negara (AGC) perlu diminta dan permohonan dibuat untuk membincangkan perkara itu dengan ketua bahagian khidmat nasihat AGC, Ainum Mohamed Saaid.

Persoalan undang-undang yang dikemukakan adalah sama ada perdagangan di forex oleh Bank Negara mematuhi undang-undang, kata Kanason.

Untuk rekod, Ainum Mohamed Said merupakan wanita pertama menjadi Peguam Negara Malaysia dan juga menjadi Peguam Negara paling singkat dalam sejarah. Dilantik pada 1 Januari 2001 dan meletak jawatan pada November 2001.

Ainum dilantik menjadi Peguam Negara dilihat sebagai usaha Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk memulihkan imej Pejabat Peguam Negara yang dilanda pelbagai kontroversi akibat pendakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pertuduhan meliwat dan korupsi.

Bagaimanapun beberapa sumber ketika itu mendakwa Ainum “dipaksa meletak jawatan oleh Tun Mahathir” untuk memberi laluan kepada Ghani Patail menjadi Peguam Negara Malaysia. Pelantikan Ghani yang melangkaui beberapa peguam kanan di pejabat Peguam Negara dilihat oleh pemerhati politik sebagai langkah Tun Mahathir membalas jasa Ghani yang terbabit mendakwa Anwar Ibrahim.






2 Komen to SKANDAL FOREX: PEJABAT PEGUAM NEGARA ENGGAN KELUAR PANDANGAN BERTULIS KEPADA AUDIT

  1. Pemerhati says:

    semakin menarik RCI mengenai skandal forex ini apabila Peguam Negara diarah oleh ‘orang atasan’ supaya jangan campur tangan(maksudnya ‘buat bodoh’ atau ‘tutup mata’ saja) pada BNM yang berjudi sakan pada masa itu sehingga negara kerugian/kehilangan RM31.5 bilion

    semakin menarik ibarat seluar ‘orang atasan’ yang dimaksudkan itu semakin ditarik-tarik untuk dilondeh sepenuhnya…mengikut kefahaman, ‘orang atasan’ itu terdiri dari 3 orang sahaja

    1. kalau ‘orang atasan’ itu ialah anwar, pasti anwar akan berkata arahan(arah Peguam Negara supaya jangan campur tangan) itu datang dari daim untuk ‘cover’ mahathir kerana mahathir ialah sekutu anwar dalam pakatan harapan sekarang ini…fasal ‘cover’ mahathir itu tentulah musibat anak haram anwar tidak akan beritahu pada RCI

    2. kalau ‘orang atasan’ itu ialah daim, pasti daim akan berkata arahan itu datang dari mahathir

    3. akhirnya mahathir juga yang terpaksa terima palitan najis…soalannya, apakah mahathir berani membuat pengakuan berkata dia yang beri arahan itu atau musibat anak haram mahathir ini akan berkata dia tak ingat ada beri arahan itu?

  2. Badrole Amin says:

    aku ingatkan dalam sukan SEA je ada acara lari berganti-ganti(relay race) dengan passing baton, rupa2nya dalam RCI skandal forex pun akan ada acara passing baton ni dari 3 jaguh(penyamun negara)

Leave a Reply

Threesome