Menu Utama

Siasat Fund Raising Dinner Pakatan, Takut Jadi Tempat Cuci Duit

DEKAT nak pilihanraya ni semakin galak Pakatan dan komponennya mengadakan majlis Fund Raising Dinner atau acara mengumpulkan dana politik.  Dalam menyalak ekonomi negara sedang tenat, rakyat terbeban dan sebagainya, fund raising dinner yang diadakan Pakatan menjual meja mencecah puluhan ribu semeja dan anehnya setiap kali, meja yang paling mahal itulah paling cepat habis dulu.

Nampak macam tak seiring.  Dia kempen hari-hari lain (rakyat hidup merana dan melarat, ekonomi nak melungkup, negara nak bankrap) tapi bab mengumpul dana ni, jual meja pada harga yang tak masuk akal. Ada pulak rakyat yang tergamak nak bagi duit banyak-banyak ya – disebalik dakwaan negara nak bankrap, ekonomi tenat dan sebagainya tu?

Justeru, ini menimbulkan tandatanya, adakah ini benar-benar majlis makan malam mengumpul dana atau penyamaran sebab nak letak asal usul kepada wang yang sebenarnya sudah ada?  Lebih tepat, kebimbangannya majlis macam ini jadi tempat cuci duit.

Maka itu semua pihak berkaitan perlu memeriksa majlis dana Pakatan terutama yang diadakan Mahathir.  3 dari 4 anaknya diketahui umum kaya raya, jutawan, billionwan, yang belum trillionwan saja – lagi nak kutip derma dari orang?  Mana logiknya?

Cakap-cakap di kandang kuda mengatakan,  Mahathir ada banyak dana di luar negara yang tersekat dan salah satu sebab dia memusuhi Datuk Sri Najib Tun Razak ialah kerana Najib tak mahu meluluskan dana ini untuk dibawa masuk dan digunakan.

Ada kebimbangan majlis-majlis mengumpul dana ini dijadikan tempat untuk menjustifikasikan dari mana duit itu datang.  Hakikatnya duit memang dah ada, majlis macam ini hanya untuk mengesahkan asal usul duit tu saja sebab itu yang meja yang mahal-mahal tu jalan dulu.

Kena jelas, kita bukan menuduh tapi kita mahu siasatan dijalankan yang mana akhirnya akan membersihkan semua yang terlibat dari sebarang salah laku seperti yang dibimbangi ramai orang kalau betul duit itu derma dari rakyat.

Tapi lepas dibuktikan bahawa memang betul sumbangan semua tu datang dari rakyat, jangan pulak ke hulu ke hilir dakwa rakyat hidup susah dan melarat ya.

  • sumber gambar Internet





Leave a Reply

Threesome