Menu Utama

Siapa “Menyamar” Sebagai Anwar Ibrahim?

APABILA Jabatan Penjara menafikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan yang meramalkan peningkatan insiden ganas menjelang pilihan raya umum akan datang maka secara otomatik rakyat Malaysia mempersoalkan siapa yang menyamar sebagai penjenayah liwat tersebut.

Sekiranya jawapan ini gagal ditemui, rakyat Malaysia mempertikaikan pula kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penjara. Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Supri Hashim menegaskan kenyataan itu tidak pernah dikeluarkan Anwar pada 14 Ogos, ketika beliau dibawa pegawai penjara ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebelum ini beberapa pihak memperlekehkan Jabatan Penjara sebagai gagal mengawal Anwar Ibrahim. Malah mereka mempertikaikan kewibawaan Jabatan Penjara yang dilihat seolah-olah “dibayar” oleh suami Wan Azizah itu.

Sebuah kenyataan ringkas Anwar pada Isnin lalu memetik respons ketua umum Pakatan Harapan itu terhadap kekecohan yang berlaku di forum “Nothing to Hide” yang diadakan sehari sebelum itu.

“Pengalaman PRU13 lalu di mana beberapa serangan termasuk membaling batu dan memecah cermin bas yang saya naiki berlaku tanpa sebarang tindakan oleh pihak polis. Maka kami mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap gerombolan tersebut,” katanya.

Menurut jurucakap Jabatan Penjara itu, media tidak dibenarkan berjumpa Anwar sepanjang beliau berada di mahkamah pada hari itu. Gambar yang digunakan bagi tujuan penyiaran kenyataan itu juga bukan gambar ketika Anwar berada di mahkamah pada hari Isnin lalu.

Anwar Ibrahim sebagai banduan dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa kebenaran dari Jabatan Penjara. Beliau sedang menjalani hukuman 5 tahun penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015, selepas disabitkan tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Adakah “kenyataan” Anwar Ibrahim tersebut dikeluarkan oleh PKR sendiri bagi memperlihatkan bahawa penjenayah liwat tersebut masih relevan dengan politik negara kita? Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Penjara secara tidak sengaja telah mendedahkan cara “kotor” yang digunakan oleh parti yang memperjuangkan kebebasan Anwar semata-mata. Walaubagaimana pun, rakyat tetap mahu tahu siapa sebenarnya yang menyamar sebagai Anwar Ibrahim.

 






Leave a Reply