Menu Utama

RCI Kerugian Forex Bank Negara, Peguam Mahathir Sentap Disuruh Duduk

ISU kerugian Bank Negara Malaysia(BNM) akibat kegiatan perdagangan mata wang asing dianggarkan kira-kira AS$10 bilion (RM44 bilion) sekitar 1990-an merupakan perkara yang bakal membongkar banyak perkara berkenaan salahlaku dalam urus tadbir bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tindakan peguam Mahathir , Mohamed Haniff Khathri Abdulla mahu mendapatkan  salinan dokumen dan senarai saksi berkaitan RCI dilihat sebagai gopoh dan penuh muslihat. Beliau mendakwa kononnya  salinan dokumen dan senarai saksi tersebut bertujuan untuk memberi laluan kepada pasukan peguamnya membantu suruhanjaya berkenaan.

Budak darjah satu pun tahu bahawa perkara tersebut tidak benar sama sekali. Pasukan peguam Mahathir sudah tentu akan menggunakan salinan dokumen dan senarai saksi berkaitan RCI tersebut untuk menyelamatkan Mahathir atau lebih tepat lagi mereka berkemungkinan akan menganggu bukti-bukti dan saksi-saksi.

RCI tersebut dengan tegas mengarahkan peguam Mahathir supaya duduk. Ramai berpendapat permintaan peguam ini bertujuan untuk  mengagalkan RCI kerugian forex Bank Negara itu. Seorang anggota panel suruhanjaya, iaitu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said bertanya kepada Haniff bagaimana peguam itu dapat membantu jika mereka diberi salinan dokumen berkenaan.

Haniff kemudian menjelaskan bahawa, dokumen-dokumen itu penting bagi pasukan peguamnya untuk merangka soalan-soalan yang relevan terhadap para saksi. Dengan kata lain, dakwaan salinan dokumen dan senarai saksi berkaitan RCI  boleh membantu suruhanjaya tersebut adalah pembohongan semata-mata.

“Kalau begitu, kamu tunggu apa yang saksi akan cakapkan. Duduklah, kami mahu teruskan (sesi pendengaran),” kata Kamaludin sambil meninggikan suaranya.

RCI ini dibentuk untuk menyiasat kerugian Bank Negara dan implikasinya ke atas ekonomi negara ketika pentadbiran Mahathir sebagai PM. Disamping itu juga, ianya bakal membongkar  sama ada Bank Negara terbabit dalam aktiviti forex yang melanggar Ordinan Bank Pusat 1958 atau undang-undang lain berkaitan.

Suruhanjaya ini juga akan menentukan sama ada wujud percubaan untuk menyembunyikan fakta dan maklumat mengenai isu berkenaan dan akan mengesyorkan tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Sudah sampai masanya perkara ini didedahkan kepada rakyat agar mereka dapat melihat wajah sebenar Mahathir. Tambahan pula kerugian Forex Bank Negara ini membabitkan wang rakyat maka mereka berhak mengetahui kedudukan sebenar perkara ini.






2 Komen to RCI Kerugian Forex Bank Negara, Peguam Mahathir Sentap Disuruh Duduk

  1. Memang Baik says:

    Lubang untuk M sedang digali. Kenapa perlu lubang itu digali untuk M ialah kerana M sudah sekian lama menggali lubang untuk orang lain. Kebiasaan nya orang yang menggali lubang untuk orang lain dia sendiri akan termasok kedalam lubang yang digalinya kecuali penggali kubur yang memang kerjanya menggali untuk kepembumian.

    Satu advantage yang dapat menenangkan jiwanya dan memujuk hatinya ialah fakta umur. M berharap kes ini akan berjalan hingga 7 tahun. Tamatnya kes itu M telah terlalu tua. Tunggu rayuan tunggu penangguhan M pun akan terselamat tidak sempat terhukum.

  2. Memang Baik says:

    Kes M seiras kes Anwar juga yang mana hampir semua penguambelanya berpendapat yang dia tetap akan disabit kesalahan. mereka hanya berharap peluang dari segi teknikal saja yang boleh membantu. Teknikal maknanya saksi2 yang meragu , kelupusan bukti dsb. Sedangkan dari segi lain dia memang sudah bersalah. Dalam kes Anwar dia tidak dapat buktikan yang dia tiada disitu semasa kejadian. Dia tiada bukti atau saksi yang boleh menyatakan demikian.

    Akhirnya dia kedalam dan dia sendiri dapat rasakan nya dari awal lagi. walau bagaimana pun dalam kes civil begini doctrine nya tetap sama iaini dia dipihak yang benar sebelum dibuktikan bersalah. .

Leave a Reply