Menu Utama

RCI Forex – Politik Kalau Kita, Apa Pulak Kalau Dia?

KENYATAAN Kit Siang semalam antara lain menuduh RCI Forex yang diadakan sekarang ini bermotifkan politik kerana Mahathir kini sudah berada dalam Pakatan.  Seolah-olah kalau Mahathir tidak bersama Pakatan, RCI ini tidak akan diadakan sekalipun Pakatan menjadi kerajaan.

Begitupun, apakah yang dimaksudkan Kit Siang bahawa RCI ini bermotifkan politik?  Kalau ikut kepada keterangan saksi semalam, sebanyak RM 31.5 billion wang rakyat lesap dalam skandal tersebut.  Jumlah ini – yang bersamaan dengan separuh dari rizab antarabangsa asing bank negara pada ketika itu, ibarat dituang begitu saja ke dalam longkang tau.

Politik macam mana pulak?

Soal kenapa diadakan sekarang dan sebagainya, itu bukan isu sebab seperti yang kita semua tahu dari prosiding yang pertama saja, banyak fakta sebenar berkaitan kelesapan puluhan billion wang rakyat ini disorokkan dan bila satu persatu fakta berkaitan mula muncul kembali terutama setelah Mahathir masuk pembangkang, dan juga lebih ramai orang berani tampil untuk membantu siasatan, maka kerajaan merasakan sudah cukup alasan untuk mengadakan RCI berkenaannya sekarang.

Patutnya ucap terima kasih kepada Mahathir kerana bila dia masuk Pakatan, ramai orang mula berani muncul untuk bantu dedah apa sebenarnya yang berlaku sehinggakan apa yang dulu rakyat tahu sebagai ‘kerugian atas kertas’ sahaja, rupa-rupanya ialah kerugian sebenar, melibatkan wang yang sebenar juga sehingga membawa kepada berlakunya kemelesetan ekonomi negara 1997.

Justeru, apa yang politik tentang duit rakyat puluhan billion dilesapkan begitu saja wahai Kit Siang?

Habis yang Pakatan nak buat RCI pasal 1MDB kalau mereka menang dalam PRU14 tu nak dikatakan apa pulak?  Bukan motif politik ke tu?  Itu lagi jelas bermotifkan politknya sebab 1MDB dah disiasat oleh banyak pihak, SPRM, Polis, Bank Negara, DoJ (Amerika Syarikat), MAS (Singapore), pihak berkuasa Switzerland dan lain-lain, semuanya tidak menjumpai sebarang salah laku yang boleh dikaitkan secara langsung dengan 1MDB.

Sebab itu sehingga sekarang tidak ada satu pendakwaan pun dikenakan ke atas 1MDB, malah, dalam hal saman DoJ ke atas 1MDB, arahan telah dikeluarkan supaya saman itu dibekukan kononnya untuk siasatan lanjut – siasatan apa, bukan kata FBI semua dah siasat ke?  Anyway, yang dok tambah untuk siasatan lanjut tu hanya media Pakatan, rasmi dari DoJ sendiri mengatakan kes itu dibekukan.

Biasalah sesetengah kita ni, mudah sangat kena kelentong dengan pembangkang.






Leave a Reply

Threesome